Konsep Ladang PPRT

  • Usahasama antara Kerajaan Negeri dan Kumpulan Sawit Kinabalu bagi penanaman sawit (60% Kerajaan Negeri, 40% Kumpulan Sawit Kinabalu).
  • Nilai tanah kerajaan menjadi ekuiti kerajaan negeri.
  • Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) setempat / dalam daerah sebagai pemegang saham diwakili Kerajaan Negeri dalam Syarikat Usahasama.
  • Peserta KIRMT yang sesuai / berminat bekerja dalam ladang dan perumahan serta kemudahan asas disediakan.
  • Peserta menerima dividen daripada keuntungan syarikat.
  • Ladang PPRT Kalabakan (3,444 hektar) - 393 KIRMT menerima dividen RM400 sebulan sejak Januari 2010.
  • Ladang PPRT Tongod (1,421 hektar) - 774 KIRMT menerima dividen RM400 sebulan sejak Januari 2010.
  • Pada keseluruhannya sejumlah 1,167 KIRMT daerah Tongod dan Tawau menerima dividen RM400 sebulan sejak Januari 2010.
  • Satu lagi Ladang PPRT seluas 4,145 ekar telah dilulusakan di Sumatalun, Nabawan oleh Kerajaan Negeri. Pelaksanaan dijangka bermula awal 2013 dengan melibatkan 360 peserta.