PENGENALAN

  • JKKK/ JKDB adalah sebuah badan yang ditubuhkan di peringkat kampung/ Bandar sebagai agen Kerajaan dalam usaha-usaha untuk membangun terutamanya masyarakat desa seterusnya Negara.

 

  Tujuan JKKK/JKDB ditubuhkan adalah seperti berikut :

    • Untuk menjadi badan pentabiran kecil di peringkat kampung.
    • Untuk menjadi badan penyelaras dan penggerak pembangunan di peringkat kampung.
    • Untuk menjadi badan perhubungan di antara rakyat dengan Kerajaan.
    • Untuk menjadi badan keselamatan di peringkat kampung.

 

  Matlamat penubuhan JKKK/JKDB adalah :

    • Supaya pentabiran dan pengurusan pembangunan masyarakat di peringkat kampong dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan teratur selaras dengan kehendak kerajaan dan rakyat.
    • Supaya aktiviti-aktiviti pembangunan masyarakat dapat diselaras dan digerakkan dengan lebih baik dan tepat pada sasaran di peringkat kampung.
    • Supaya perancangan pembangunan Kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dan rakyat pula boleh bertindak balas terhadap perancangan/masalah yang dihadapi.

 

FUNGSI DAN TANGUNGJAWAB JKKK/ JKDB

  Fungsi dan tanggungjawab Pengerusi dan AJK JKKK/JKDB ialah :

    • Membuat perancangan pembangunan masyarakat yang hendak dilaksanakan di dalam kampung.
    • Menentukan projek-projek yang diutamakan dan yang mana dikemudiankan.
    • Menentukan semua projek yang dipersetujui dan diluluskan oleh Kerajaan dilaksanakan dengan sempurna.
    • Mengambil daya usaha serta memimpin orang-orang kampung untuk menjayakan projek-projek yang dipersetujui terutama dari segi :
        • Bergotong-royong yakni mengalakkan penyertaan bersama orang-orang kampung.
        • Kelicinan perjalanan semua projek yang sedang dilaksanakan.
        • Menyediakan atau membantu menyediakan tempat atau tapak dan sebahagiannya untuk melaksanakan sesuatu projek.
    • Menjadi badan penghubung anantara orang-orang kampong dengan kerajaan danbadan-badan luar.
    • Bertanggungjawab bersama-sama dengan jabatan/agensi kerajaan atau Pertubuhan-pertubuhan Sukarela untuk menilai projek-projek pembangunan dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu.
    • Menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir jahat yang hendak merosakkan masyarakat dan Negara dengan melaporkan aktiviti-aktiviti mereka kepada pihak berkuasa dengan menyusun rondaan dan bancian penduduk dan menyimpan rekod dan nama penduduk.
    • Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk orang-orang kampung patuhi agar setiap penduduk kampung merasa bertangungjawab dan sedar bahawa terdapat norma-norma yang dipatuhi.
    • Bertangungjawab terhadap keselamatan harta benda awam yang terdapat di kampung berkenaan.
    • Menyimpan segala rekod rancangan pembangunan kampung termasuk minit mesyuarat.
    • Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan dan tugas-tugas setiausaha supaya semua aktiviti JKKK/JKDB dapat direkod.
    • Menjemput sesiapa yang difikirkan sesuai kerana pengalaman, pekerjaan atau kebolehan yang ada padanya untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa.
    • Menyediakan dan mengemaskini profai lkampung untuk kemudahan rujukan dan perangcangan projek-projek pembangunan.
    • Menggalakkan perkembangan kebudayaandan lain-lain aktiviti sosial yang difikirkan boleh membawa kebaikan kepada penduduk kampung.
    • Melaksanakan apa juga projek atau aktiviti lain yang difikirkan boleh membawa manfaat kepada orang kampong sambil mengurangkan perasaan pergantungan kepada kerajaan.
    • Mengadakan mesyuarat tetap AJK sekali sebulan.
    • Mengadakan dialog dengan orang kampong sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
    • Menerbitkan Warta DESA setiap tiga bulan sekali.
    • Mengenalpasti dan mengusahakan sekurang-kurangnya satu projek sosio-ekonomi.

 

SYARAT PENUBUHAN

  Syarat-syarat penubuhan JKKK/JKDB di sebuah kampung adalah seperti berikut :

    • Kampung berkenan adalah kampung yang berdaftar di Pejabat Daerah.
    • Kampung tersebut mempunyai Ketua Kampung yang sah.
    • Mempunyai penduduk seramai 150 orang dan mempunyai lebih daripada 30 buah rumah.
    • Jika kampung tidak mempunyai kelayakan seperti 3 perkara di atas, kampung tersebut hendaklah bergabung dengan kampung yang terdekat.

 

  JKKK/JKDB tidak boleh ditubuhkan di kawasan-kawasan seperti berikut :

    • Kampung di kawasan setinggan.
    • Kampung di kawasan tanah-tanah syarikat dan Lembaga.
    • Kampung yang tidak memenuhi syarat seperti dalam Syarat-syarat Penubuhan JKKK/JKDB Di Sebuah Kampung

Pengunjung

Hari Ini 74

Kelmarin 83

Minggu Ini 238

Bulan Ini 953

Jumlah Pengunjung 41244