-
Memupuk minat keusahawanan dan memberi fokus kepada masyarakat luar bandar khususnya golongan miskin / termiskin.
-
Mengenalpasti bidang keusahawanan micro berpontensi yang wujud di luar bandar khususnya yang berasaskan kraftangan, pertanian, perikanan, dan akuakultur melalui pendekatan bersepadu dengan Jabatan / Agensi Kerajaan lain.
-
Mengenalpasti produk yang boleh dijadikan asas / sumber kepada proses hiliran dengan tujuan meningkatkan pendapatan golongan miskin dan termiskin melalui pulangan tambah nilai melalui Program Satu Daerah Satu Produk dan Program Pembangunan Usahawan Desa.
-
Menganjurkan kursus-kursus pemprosesan makanan terpilih khusus bagi masyarakat miskin / termiskin luar bandar dengan bantuan Jabatan / Agensi yang berkenaan.
-
·Menyediakan Pusat Kemahiran Masyarakat / Community Learning Center sebagai tempat untuk berkursus.
-
Mendedahkan golongan usahawan micro di luar bandar kepada kemudahan/bantuan yang disediakan oleh Jabatan/Agensi/Institusi Kewangan melalui Dialog Usahawan Kecil Desa (DUKeD) di peringkat Bahagian/Daerah.