Ayam Kampung
Aktiviti penternakan
ayam kampung telah wujud zaman berzaman sejak datuk nenek
kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya
Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah
(Gallus gallus) Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari
Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampung iaitu
kacukan diantara ayam kampung generasi pertama dengan ayam
kampung Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam
kampung adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari
luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi
kedua ayam kampung. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang
dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam
kampung yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk
menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat
fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga
menjadikan ayam kampung mempunyai ciri-ciri keunikannya
tersendiri.
Pengembangan sistem dan
usaha pembiakbakaan Ayam Kampung secara umumnya bertujuan
untuk memenuhi keperluan dalam jumlah dan mutu yang sesuai
dengan permintaan tempatan bagi bibit dan daging Ayam
Kampung. Rata-rata ayam kampung diternak untuk tujuan
makanan dan jika ada lebihan akan dijual untuk menambah
pendapatan keluarga. Ada juga dikalangan penduduk yang
menternak ayam kampung sekadar untuk hobi.
Potensi perniagaan bagi
ayam kampung masih terbuka luas di negeri Sabah. Ayam
kampung akan dipasarkan dalam bentuk telur, anak ayam dan
ayam dara. Setakat ini belum ada individu maupun syarikat
yang menceburi perniagaan ini di dalam skala yang besar.
Ini mungkin disebabkan ketiadaan pembekal anak ayam kampung
dan juga sifat semulajadi ayam kampung yang lambat membesar.
Sebarang pertanyaan mengenai
projek ini bolehlah berhubung terus dengan alamat di bawah:-
Kumpulan Ternakan Ayam
Korporasi Pembangunan Desa
Aras 2, Wisma Pertanian Sabah
Jalan Tasik, Luyang
(Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: +6088 291363
Fax: +6088 291354
Laman Web:
http://www.sabah.gov.my/kpd