Muka Depan
Pengenalan
Projek
Program
Perkhidmatan
Pencapaian
Piagam Pelanggan
Berita & Artikel
Arkib
Aplikasi
Direktori
Soal Jawab
Buku Pelawat
Pautan


PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA, TENOM

LATARBELAKANG

Pusat Latihan Belia Desa KPD-OISCA Tenom mula beroperasi pada bulan Februari 1989. Pusat Latihan ini terletak di Lagud Sebrang Tenom, berhampiran dengan Stesyen Penyelidikan Pertanian dan Taman Pertanian Sabah. Jarak Pusat Latihan ini dari pekan Tenom ialah 12 km dan lebih kurang 200 km dari bandaraya Kota Kinabalu. Perjalanan menggunakan perkhidmatan bas dari pekan Tenom ke Pusat Latihan mengambil masa 15 minit.


VISI

Ke arah melahirkan belia-beliawanis desa yang berkemahiran, produktif, berdisplin dan amanah


OBJEKTIF

  • Melahirkan belia desa yang berkemahiran dan bersifat komersil      dalam   bidang industri yang berasaskan pertanian.
  • Melahirkan belia desa yang bekerja keras, berdisiplin, komited, bekerjasama dan amanah.
  • Memupuk sifat setia kepada Kerajaan, pemimpin dan negara.
  • Menanam kesedaran cintakan alam sekitar.


BIDANG LATIHAN

  • Aspek Pembangunan Manusia
    • Kepimpinan
    • Disiplin
    • Kesetiaan
    • Kerja kumpulan/ berpasukan
    • Motivasi
    • Kesedaran alam sekitar
       
  • Pertanian
    • Padi
    • Sayuran tanah rendah
    • Tanaman bijirin (jagung, kacang tanah, kacang hijau)
    • Buah-buahan (menyemai, mencantum dan menanam)
    • Pembuatan Kompos
       
  • Ternakan
    • Ayam penelur
    • Ayam Pedaging
    • Ayam Kampung
    • Kambing
       
  • Pemprosesan makanan
    • Kerepek pisang
    • Biskut
    • Kuih-muih tradisional
    • Roti
    • Mee kuning
    • Beras
       
  • Lain-lain
    • Bahasa Jepun
    • Asas memasak makanan  harian
    • Aktiviti  Pemuliharan Alam / Community Forest Program
    • Pengendalian Gerai Makan
    • Memasar hasil-hasil 
    • Lawatan sambil belajar

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MENJADI PELATIH

  • Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah

  • Umur 17 ~ 30 tahun

  • Masih bujang

  • Tiada pekerjaan

  • Tamat tingkatan 5

  • Sihat tubuh badan

  • Minat dalam bidang pertanian, penternakan dan pemprosesan makanan

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN KEPADA PELATIH

  • Tempat tinggal percuma sepanjang kursus

  • Makan & minum percuma

  • Elaun RM50.00 sebulan  untuk pelatih tahun pertama dan RM100.00 untuk pelatih tahun kedua.

  • Peralatan ladang untuk latihan amali.

  • Kos Pengangkutan akan ditanggung oleh pihak KPD daripada daerah asal ke Pusat Latihan dan kembali ke daerah asal selepas kursus.

  • Diberi perlindungan insuran sepanjang latihan.

JANGKAMASA LATIHAN

Kursus ini dijalankan selama setahun. Bermula bulan Januari hingga bulan Disember. Kursus ini terbahagi kepada tiga penggal. Setiap penghujung penggal akan diadakan peperiksaan. Mereka yang tamat latihan dengan memuaskan akan diberikan sijil.

CARA MEMOHON

Permohonan untuk memasuki Pusat Latihan Belia Desa KPD-OISCA akan diiklankan pada bulan September melalui akbar-akbar tempatan dan siaran radio dalam Bahasa Malaysia dan tempatan. Borang permohonan boleh didapati di Ibupejabat atau pejabat-pejabat kawasan KPD.

Muat Turun Borang Permohonan OISCA

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kembali ke tempat mengambil borang atau terus menghantar ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan seperti yang diiklankan:

Pengurus Besar
Korporasi Pembangunan Desa
Wisma Pertanian Sabah
Aras 2, Jalan Tasik, Luyang, (Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu
(U/P :Bahagian Sumber Manusia)

Temuduga akan diadakan pada bulan Oktober atau November dan hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang berjaya dalam temuduga akan dimaklumkan secara bertulis.

STATISTIK JUMLAH PELATIH YANG TELAH BERJAYA  MENGIKUTI LATIHAN

Jumlah Pelatih yang telah mengikuti kursus dari tahun 1977 - 2006

Lelaki                        

885

 

Perempuan 

336

 

Jumlah

        1,221

 

Jumlah Pelatih yang mengikuti kursus ke Negara Jepun dari tahun 1979 - 2007 

Lelaki                        

162

 

Perempuan 

54

 

Jumlah

        216

 

 

 

Sebarang ralat (broken links) boleh dikemukakan ke Webmaster. Terima Kasih
Korporasi Pembangunan Desa, 1998 - 2010