Muka Depan
Pengenalan
Projek
Program
Perkhidmatan
Pencapaian
Piagam Pelanggan
Berita & Artikel
Arkib
Aplikasi
Direktori
Soal Jawab
Buku Pelawat
Pautan
UCAPAN ALUAN DARIPADA PENGURUS BESAR

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana memilih untuk mengunjungi Laman Web rasmi Korporasi Pembangunan Desa (KPD).

KPD pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah koperatif dalam tahun 1976. Pada tahun 1981, melalui proses perundangan, KPD telah dibentuk menjadi sebuah Badan Berkanun Negeri di bawah naungan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Sebagai agensi kerajaan, KPD telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta aktiviti pembangunan pertanian dan asas-tani, dan pada masa yang sama berperanan untuk melahirkan para usahawan tani di luar bandar. Melalui pendekatan serampang dua mata ini, diharapkan dapat membantu mempercepatkan pencapaian halatuju sektor pertanian Negeri.

Bagi mencapai matlamat di atas dan untuk memantapkan lagi sistem penyampaian (delivery system), KPD telah mengambil inisiatif untuk membangunkan Laman Web rasmi KPD yang mengandungi maklumat-maklumat terkini mengenai KPD dan program serta perkhidmatan yang ditawarkan. Ianya juga selaras dengan pembangunan Kerajaan Elektronik (EG) yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 1997. Melalui pembangunan Laman Web ini, saya berharap interaksi secara atas-talian (on-line) di kalangan warga kerja, para pelanggan serta pengunjung dapat dipertingkatkan. Pendek kata, disamping menyokong kelancaran perkhidmatan KPD kepada kumpulan sasaran, laman ini juga diharap mampu merangkaikan hubungan kerja di antara KPD dengan pihak yang berkepentingan dengan lebih efektif dan efisien.

Akhir kata, saya bagi pihak KPD, sangat mengalu-alukan sebarang cadangan, komen serta pertanyaan daripada pengunjung yang dihormati. Maklumbalas yang diberikan akan digunakan untuk memantapkan serta memperkasakan lagi sistem penyampaian KPD.

Selamat sejahtera dan selamat melayari Laman Web KPD.



Datu Basrun Hj. Datu Mansor
Pengurus Besar
Korporasi Pembangunan Desa

 

 


Hakcipta Terpelihara © Korporasi Pembangunan Desa, 1998 - 2009