|
PROJEK
PENANAMAN CENDAWAN

Cendawan Shiitake
Pengenalan
Korporasi
Pembangunan Desa (KPD) telah memperkenalkan Projek Cendawan
pada tahun 1989 di kawasan Moyog, Penampang dan Kundasang,
Ranau. Projek ini dilaksana dengan menggunakan konsep
Perladangan Kontrak di antara pihak KPD dengan para petani
di kawasan tersebut.
Bagi memastikan bekalan bibit
cendawan yang berkualiti disediakan secara berterusan kepada
para peserta projek, KPD telah membina sebuah Pusat
Pengeluaran Bibit Cendawan di Masilau, Kundasang pada tahun
1991. Walau bagaimanapun pusat ini hanya mula beroperasi
sepenuhnya pada tahun 1992 dengan kapasiti pengeluaran
sebanyak 3,000 p'p' bag per batch. Selepas itu pusat
ini sentiasa membuat penambahbaikan bukan sahaja dari segi
kuantiti pengeluaran tetapi juga kaedah pemprosesan p'p' bag
serta kualiti dan jenis bibit yang dikeluarkan. Sejak tahun
1995 pusat ini berupaya menghasilkan bibit cendawan sebanyak
5,500 p'p' bag per batch. Kini Pusat Pengeluaran
Bibit Cendawan tersebut dikenali dengan nama Borneo
Mushroom selaras dengan konsep hala tuju KPD yang baru.
Sebagai perakuan dan
pengiktirafan terhadap usaha-usaha KPD untuk
mempertingkatkan kualiti projek ini, Borneo Mushroom telah
dianugerahkan sijil HALAL, MS-ISO 9001:2000 dan
SALM (Skim Akreditasi Ladang Malaysia) pada tahun 2007.
Pemberian sijil SALM ini membolehkan KPD mengguna jenama
Malaysia's Best dalam produk cendawan keluarannya.
Objektif
1. Meningkatkan hasil
pengeluaran cendawan yang berkualiti
2. Menyediakan sumber
pendapatan yang berterusan kepada para peserta projek
3. Membantu kerajaan dalam
mengurangkan kadar kemiskinan
Aktiviti Yang Dijalankan
1. Membekal bibit cendawan
(substrak dalam Polypropylene Bag yang telah
diinokulasi
dengan benih cendawan) kepada petani (peserta projek), pengusaha
persendirian
dan di ladang KPD sendiri.
2. Memberi khidmat nasihat
teknikal mengenai pemeliharaan cendawan kepada
para peserta projek Perladangan Kontrak.
3. Memberi Kursus Teknikal
Pemeliharaan Cendawan berbayar kepada orang awam yang
berminat.
4. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada petani
atau pengusaha
persendirian yang membeli bibit dari Borneo
Mushroom.
Jenis Produk Yang
Dikeluarkan
1. Bibit cendawan
2. Cendawan segar (Cendawan
Shiitake, Cendawan Tiram dan Cendawan Telinga Kera)
3. Cendawan kering (Ling Tze
Slices)
4. Ling Tze Coffee
5. Ling Tze Tea

Produk Ling Tze Coffee dan Ling Tze Tea
yang dikeluarkan di Borneo Mushroom
Khasiat Cendawan
(Sumber dari Institut Sains
Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
1. Cendawan Shiitake
(Lentinus endodes)
- Mengandungi Lentinan iaitu ubat
antikanser. Juga diguna sebagai terapi imun untuk
kanser paru-paru, usus, serviks dan
payudara.
- Merencat kejadian semula kanser.
- Meningkatkan sistem imun dengan merangsang
limfosit dan makrofaj melawan
bakteria, virus, sel tumor dan
toksin.

2. Cendawan Ling Tze
(Ganoderma sp.)
- Menghalang dan merawat kanser.
- Meningkatkan sistem imun: antiallergik,
anti-radang, antiviral, antibakteria dan
antioksidan.
- Melegakan/merawat paru-paru yang rosak akibat
asma dan masalah pernafasan
lain.
- Melindungi hati dengan meningkatkan proses
detoksifikasi.

3. Cendawan Tiram
(Pleurotus spp.)
- Mengawal atur darah – anti-thrombotik,
merendahkan tekanan darah, kandungan
glukosa dan lipid.
- Meningkatkan sistem imun untuk melawan
jangkitan virus dan bakteria.
- Merencat pertumbuhan tumor.
- Antioksidan dan aktiviti perlindungan gen.

4. Cendawan Telinga Kera
(Auricularia sp.)
- Merawat gangguan kardiovaskular: memecah
darah beku, mengawal atur tekanan
darah, merendah kolesterol dan lipid.
- Antioksidan dan melindungi dari kerosakan DNA.
- Boleh mengurangkan berat badan.
Nilai Nutrisi
1. Mengandungi protin dan
kabohidrat yang tinggi
2. Kaya dengan vitamin dan
zat galian
Sebarang pertanyaan lanjut
mengenai projek ini bolehlah berhubung terus kepada alamat
di bawah:
Projek Cendawan
Korporasi Pembangunan Desa
Aras 2, Wisma Pertanian Sabah
Jalan Tasik, Luyang
(Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 291301
Fax: +6088 291354
Laman Web:
http://www.sabah.gov.my/kpd
E-mail:
kpd@sabah.gov.my
|

Pemandangan kompleks Borneo Mushroom yang terletak
di Masilau, Kundasang
|

Rumah cendawan milik peserta projek KPD
|
|

Rumah cendawan milik KPD sendiri
|
|

Mesin yang digunakan untuk memproses bibit cendawan
|
|