|
ORGANISASI
VISI
MISI
-
Mengeluarkan produk-produk pertanian yang berkualiti
secara komersial untuk pasaran tempatan dan
antarabangsa;
-
Membantu
merealisasikan dasar kerajaan dalam meningkatkan
pengeluaran bahan makanan dalam Negara; dan
-
Mempertingkatkan
penyertaan masyarakat petani di luar bandar dalam
industri asas tani.
MATLAMAT
-
Membantu
meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
khususnya dari segi ekonomi dan sosial;
-
Membantu
meningkatkan pengeluaran hasil-hasil pertanian melalui
pengurusan ladang moden dan komersial, serta
mempercepatkan perkembangan industri asas tani;
-
Membantu melahirkan usahawan-usahawan bumiputera yang
terlibat secara langsung dalam bidang pertanian; dan
-
Mengekalkan dan menambahkan nilai perolehan bersih
keseluruhan Korporasi bagi sesuatu tempoh masa.
FUNGSI
UTAMA
-
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan
untuk masyarakat petani di luar bandar;
-
Menjalankan aktiviti pemprosesan dan pemasaran semua
hasil keluaran KPD secara komersial;
-
Membuka ladang-ladang
baru yang diusahakan secara perlandangan kontrak dengan
petani dan juga ladang milik KPD sendiri;
-
Mengusahakan dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan
dan perindustrian yang berasaskan pertanian di dalam dan
luar Negara; dan
-
Melakukan semua usaha
serta tindakan yang diperlukan untuk mencapai tujuan
Korporasi.
STRATEGI
-
Meningkatkan
pendapatan masyarakat luar bandar melalui pendekatan
'Contract Farming';
-
Mempertingkat serta menambahbaik secara
berterusan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dan
kecekapan pengeluaran hasil tani melalui sistem
pengurusan kualiti bagi memenuhi kehendak pelanggan.
PENGERTIAN LOGO KPD
Warna
coklat keemasan melambangkan tanah subur yang
bersesuaian untuk diterokai dengan aktiviti-aktiviti
pertanian dan penternakan.
Warna
Biru melambangkan keperluan bekalan air dalam membantu
pembangunan sektor pertanian
Daun
Berwarna Hijau menggambarkan penglibatan KPD dalam
pembangunan pertanian yang menjadi teras kepada perniagaan
KPD secara keseluruhannya. Perubahan warna daun-daun yang
berperingkat merujuk kepada organisasi KPD yang bersifat
dinamik, progresif, berwawasan dan komited untuk
penambahbaikan berterusan organisasi.
Garisan
Segiempat berwarna biru menunjukkan wujudnya kesepaduan
dan keteguhan, semangat kerja berpasukan dan kesetiaan
wargakerja dalam merealisasikan halatuju KPD.
Garisan
Putih melambangkan wargakerja yang mendokong
prinsip-prinsip keamanahan, ketelusan dan keterbukaan
komunikasi serta mengamalkan nilai-nilai korporat yang
murni.
|