PENCAPAIAN


MAKLUMAT DAN FAKTA MENGENAI PENCAPAIAN TAHUNAN PELAKSANAAN DASAR KPD

Sejak Halatuju Pembangunan Dan Kemajuan Negeri Sabah diperkenalkan, KPD telah melaksanakan beberapa program pembangunannya bagi membantu kerajaan mencapai halatujunya.  Program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-

1.   PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN PERTANIAN

Kaedah Perladangan Secara Kontrak yang telah lama diperkenalkan oleh KPD sebelum ini diteruskan dengan diberi penekanan sebagai satu pendekatan utama dalam pelaksanaan projek-projek galakkan pendapatan (IGP) di kalangan petani.  Melalui kaedah ini, para petani diberikan kredit bahan-bahan input pertanian bagi mengusahakan sesuatu projek di ladang milik mereka.  Pihak KPD pula menyedia dan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada mereka secara berterusan.  Pembayaran balik ke atas kredit bahan-bahan input tersebut akan dibuat melalui potongan daripada harga jualan hasil keluaran projek yang dijalankan.
 

TERNAKAN AYAM PEDAGING

Projek ini dijalankan di kawasan Kota Kinabalu, Beaufort, Kota Belud dan Keningau, melalui perladangan secara kontrak dan diternak di ladang milik KPD sendiri.  Ianya dimulakan pada penghujung tahun 1980-an dan telah banyak memberi manfaat kepada petani yang terlibat serta banyak menyumbang dalam pengeluaran daging ayam di negeri Sabah.

Pencapaian projek Ternakan Ayam Pedaging bagi tempoh 5 tahun ditunjukkan dalam jadual di bawah:

TAHUN

BIL. PESERTA

PENGELUARAN (MT)

2006

17

775.09

2007

18

822.52

2008

20

499.33

2009

23

792.39

2010

29

1,283.30


TANAMAN CENDAWAN

KPD telah memperkenalkan tanaman ini pada tahun 1992 kepada para petani di kawasan Kundasang dan seterusnya diperluaskan ke kawasan Moyog.  Projek ini juga dijalankan melalui 2 kaedah, iaitu perladangan secara kontrak dan juga di ladang milik KPD sendiri. Jenis cendawan yang ditanam adalah Shiitake, Ling Zhi, Tiram dan cendawan Jeli.

Jadual di bawah menunjukkan pencapaian projek Tanaman Cendawan bagi tempoh 5 tahun: 

TAHUN

BIL. PESERTA

PENGELUARAN (MT)

2006

73

22.23

2007

73

30.62

2008

44

29.42

2009

70

25.98

2010

70

32.99


TERNAKAN LEBAH MADU

Projek ini mula diperkenalkan di Kota Marudu pada tahun 1991 dan seterusnya dikembangkan ke daerah Kudat dan Pitas melalui perladangan secara kontrak.  Berdasarkan potensi ekonomi yang agak memberangsangkan melalui penternakan lebah madu, maka KPD telah mengambil keputusan untuk memulakan projek ini di kawasan-kawasan lain di negeri Sabah seperti Sipitang, Ranau, Telupid, Tambunan, Sook, Tenom dan Sapulut.  Pada masa kini KPD telah mula menternak lebah madu secara persendirian sama ada diusahakan di ladang milik KPD ataupun di ladang milik petani/pihak lain.  Ini bagi memastikan sumber bekalan madu lebah di pasaran konsisten memandangkan permintaannya yang tinggi.

Pencapaian projek Ternakan Lebah Madu bagi tempoh 5 tahun boleh dilihat dalam jadual berikut: 

TAHUN

BIL. PESERTA

PENGELUARAN (MT)

2006

210

18.26

2007

151

19.96

2008

95

12.70

2009

367

12.70

2010

303

    7.75 *

* Pengeluaran madu lebah telah menurun pada tahun 2010 disebabkan masalah cuaca yang tidak menentu.
 

2.   PEMBANGUNAN PEMASARAN

KPD telah menceburkan diri dalam Perkhidmatan Jual Beli FFB di kawasan Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Sandakan sejak tahun 2000.  Program ini dilihat sebagai suatu peluang perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan disebabkan banyak pekebun kecil kelapa sawit di kawasan-kawasan terbabit yang memerlukan perkhidmatan seumpamanya.  Ternyata para pekebun kecil tersebut mendapat pelbagai faedah daripada perkhidmatan yang disediakan oleh KPD kerana mereka tidak perlu lagi  memasarkan sendiri FFB terus ke kilang yang sudah semestinya menggunakan kos pengangkutan yang tinggi.

Pencapaian perkhidmatan ini dari segi bilangan peserta terlibat dan berat hasil yang dibeli dapat dilihat dalam jadual di bawah: 

TAHUN

BIL. PESERTA

PENGELUARAN (MT)

2006

645

20,060.00

2007

713

24,570.00

2008

577

35,870.00

2009

727

49,033.00

2010

814

63,862.00