|
PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA, TENOM
LATARBELAKANG
Pusat Latihan Belia Desa KPD-OISCA Tenom mula beroperasi
pada bulan Februari 1989. Pusat Latihan ini terletak di
Lagud Sebrang Tenom, berhampiran dengan Stesyen Penyelidikan
Pertanian dan Taman Pertanian Sabah. Jarak Pusat Latihan ini
dari pekan Tenom ialah 12 km dan lebih kurang 200 km dari
bandaraya Kota Kinabalu. Perjalanan menggunakan perkhidmatan
bas dari pekan Tenom ke Pusat Latihan mengambil masa 15
minit.
VISI
Ke arah melahirkan belia-beliawanis desa yang berkemahiran,
produktif, berdisplin dan amanah
OBJEKTIF
-
Melahirkan belia desa yang berkemahiran
dan bersifat komersil dalam bidang industri yang
berasaskan pertanian.
-
Melahirkan belia desa yang bekerja keras,
berdisiplin, komited, bekerjasama dan amanah.
-
Memupuk sifat setia kepada Kerajaan,
pemimpin dan negara.
-
Menanam kesedaran cintakan alam sekitar.
BIDANG LATIHAN
-
Aspek Pembangunan Manusia
-
Kepimpinan
-
Disiplin
-
Kesetiaan
-
Kerja kumpulan/ berpasukan
-
Motivasi
-
Kesedaran alam sekitar
-
Pertanian
-
Padi
-
Sayuran tanah rendah
-
Tanaman bijirin (jagung, kacang
tanah, kacang hijau)
-
Buah-buahan (menyemai, mencantum dan
menanam)
-
Pembuatan Kompos
-
Ternakan
-
Ayam penelur
-
Ayam Pedaging
-
Ayam Kampung
-
Kambing
-
Pemprosesan makanan
-
Kerepek pisang
-
Biskut
-
Kuih-muih tradisional
-
Roti
-
Mee kuning
-
Beras
-
Lain-lain
-
Bahasa Jepun
-
Asas memasak makanan harian
-
Aktiviti Pemuliharan Alam /
Community Forest Program
-
Pengendalian Gerai Makan
-
Memasar hasil-hasil
-
Lawatan sambil belajar
SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN UNTUK MENJADI PELATIH
-
Warganegara Malaysia yang berasal dari
Sabah
-
Umur 17 ~ 30 tahun
-
Masih bujang
-
Tiada pekerjaan
-
Tamat tingkatan 5
-
Sihat tubuh badan
-
Minat dalam bidang pertanian, penternakan
dan pemprosesan makanan
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN KEPADA PELATIH
-
Tempat tinggal percuma sepanjang kursus
-
Makan & minum percuma
-
Elaun RM50.00 sebulan untuk pelatih
tahun pertama dan RM100.00 untuk pelatih tahun kedua.
-
Peralatan ladang untuk latihan amali.
-
Kos Pengangkutan akan ditanggung oleh
pihak KPD daripada daerah asal ke Pusat Latihan dan
kembali ke daerah asal selepas kursus.
-
Diberi perlindungan insuran sepanjang
latihan.
JANGKAMASA LATIHAN
Kursus ini dijalankan selama setahun. Bermula bulan Januari
hingga bulan Disember. Kursus ini terbahagi kepada tiga
penggal. Setiap penghujung penggal akan diadakan
peperiksaan. Mereka yang tamat latihan dengan memuaskan akan
diberikan sijil.
CARA MEMOHON
Permohonan untuk memasuki Pusat Latihan Belia Desa KPD-OISCA
akan diiklankan pada bulan September melalui akbar-akbar
tempatan dan siaran radio dalam Bahasa Malaysia dan
tempatan. Borang permohonan boleh didapati di Ibupejabat
atau pejabat-pejabat kawasan KPD.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kembali
ke tempat mengambil borang atau terus menghantar ke alamat
berikut sebelum tarikh tutup permohonan seperti yang
diiklankan:
Pengurus Besar
Korporasi Pembangunan Desa
Wisma Pertanian Sabah
Aras 2, Jalan Tasik, Luyang, (Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 86
88998 Kota Kinabalu
(U/P :Bahagian Sumber Manusia)
Temuduga akan diadakan pada bulan Oktober atau November dan
hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk
ditemuduga. Calon-calon yang berjaya dalam temuduga akan
dimaklumkan secara bertulis.
STATISTIK JUMLAH PELATIH YANG TELAH BERJAYA MENGIKUTI
LATIHAN
Jumlah Pelatih yang telah mengikuti kursus dari tahun 1977 -
2006
|
Lelaki
|
885 |
|
|
Perempuan |
336 |
|
|
Jumlah |
1,221 |
|
Jumlah Pelatih yang mengikuti kursus ke Negara Jepun dari
tahun 1979 - 2007
|
Lelaki
|
162 |
|
|
Perempuan |
54 |
|
|
Jumlah |
216 |
|
|