|
BERITA & ARTIKEL
09 APRIL 2010
TAKLIMAT
BURUNG WALIT OLEH Y.BHG. DR. LAURENTIUS AMBU, PENGARAH
JABATAN HIDUPAN LIAR NEGERI SABAH DI BILIK MESYUARAT IBU
PEJABAT KPD, ARAS 2, WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU

Y.Bhg. Datu Basrun Haji
Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (tengah, kiri) dan Y.Bhg.
Dr. Laurentius Ambu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Negeri
Sabah (tengah, kiri) semasa sesi taklimat. Encik Laurentius
selaku penceramah merupakan pakar dalam bidang ternakan
burung walit.

Datu Basrun (kiri) dan Dr.
Laurentius (kanan) memperkatakan sesuatu tentang burung
walit. Walit berasal daripada bahasa Indonesia, manakala di
Malaysia adalah burung layang-layang.

Pengurus Besar KPD sedang
menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah, Dr.
Laurentius Ambu.
01 APRIL 2010
LAWATAN
SAMBIL BELAJAR PELAJAR SEMESTER 3 DIPLOMA PENGAJIAN
PERNIAGAAN, POLITEKNIK KOTA KINABALU KE IBU PEJABAT
KORPORASI PEMBANGUNAN DESA, WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA
KINABALU

Encik Jailis Masarip, Ketua
Unit Perhubungan Awam (depan, tengah) yang dibantu oleh Puan
Doulim Salag, Pegawai Perancangan (depan, kiri) memberi
taklimat mengenai Peluang-Peluang Keusahawanan Di Korporasi
Pembangunan Desa (KPD) kepada rombongan.

Para pelajar sedang
mendengar taklimat yang disampaikan dengan penuh perhatian.

Encik Jailis Masarip
menyampaikan cenderakenangan kepada ketua rombongan dari
Politeknik Kota Kinabalu.
29 MAC 2010
LAWATAN
KERJA YB. DATUK SERI PANGLIMA HAJI YAHYA HAJI HUSSIN,
TIMBALAN KETUA MENTERI/MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN SABAH KE BORNEO MUSHROOM, MESILAU, KUNDASANG

YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Haji Hussin (ketiga, kanan) bersama-sama dengan
rombongan memegang p'p'bag cendawan Shiitake. Kiri ke kanan:
Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor (Pengurus Besar KPD),
Tuan Haji Mahlan Haji Zinin (Setiausaha Politik KPIM), YB.
Datuk Haji Musbah Haji Jamli (Pembantu Menteri II KPIM), YB.
Tuan Haji Ahmad Haji Bujang (Pengerusi KPD), YB. Datuk
Bobbey Ahfang Suan (Pembantu Menteri I KPIM) dan Y.Bhg.
Datuk Haji Ujang Haji Sulani (Setiausaha Tetap KPIM).

Puan Jamilah Lee, Pengurus
Projek (Cendawan) sedang memberi penerangan mengenai
cendawan Shiitake kepada YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya
Haji Hussin.

YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Haji Hussin melihat p'p'bag cendawan Tiram Kelabu
yang tersusun rapi di atas rak dalam rumah cendawan.
7 FEBRUARI
2010
TAMU KPD
SEMPENA TAHUN BARU CINA DI KOMPLEKS
PEMASARAN KPD, TELUK LIKAS, KOTA KINABALU

Puan Natalie Chow, Pengurus
Kumpulan (Pemasaran) sedang memegang banting Selamat Tahun
Baru Cina dengan berlatarbelakangkan 'singa'.

Tarian Singa yang menarik
minat dan perhatian ramai pengunjung.
4 FEBUARI 2010
LAWATAN
KERJA YAB. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN, KETUA MENTERI
SABAH KE KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH,
WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU

YAB. Datuk Seri Panglima
Musa Haji Aman sedang meneliti p'p'bag cendawan Shiitake
yang dipamerkan di gerai KPD. Di sebelah kanan beliau adalah
YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua
Menteri/Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah.

YB. Tuan Haji Ahmad Haji
Bujang, Pengerusi KPD (kedua, kiri) sedang menyampaikan
cenderakenangan berupa produk-produk KPD kepada YAB. Datuk
Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.
21 JANUARI
2010
LAWATAN
LEMBAGA PENGARAH PERTUBUHAN PELADANG NEGERI SARAWAK (PPNS)
KE KORPORASI PEMBANGUNAN DESA (KPD), KOTA KINABALU.

Y.Bhg. Datu Basrun Haji
Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (tengah) memberi taklimat
kepada rombongan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS)
yang diketuai oleh YB. Datuk Francis Harden a/k. Hollis,
Pengerusi PPNS merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Tanah
Sarawak (empat dari kanan).

Y.Bhg. Datu Basrun Haji
Datu Mansor (tiga dari kiri) menyampaikan cenderakenangan
kepada YB. Datuk Francis Harden a/k Hollis (kanan). Di
sebelah beliau adalah YB. Datuk Peter Nansian a/k Ngusie,
Ahli Lembaga Pengarah PPNS merangkap Pembantu Menteri
Kesihatan Awam Sarawak (kiri, depan) dan Encik Peter a/k
Umak, Pengurus Besar PPNS (kiri, belakang).

Datuk Francis (kiri) dan
rombongan semasa melawat Pusat Pembiakbakaan Kambing Boer di
Kabang, Papar.

Datuk Francis (tengah) dan
rombongan semasa melawat Borneo Vanilla di Lumadan,
Beaufort.
15 JANUARI
2010
MAJLIS
JAMUAN TAHUNAN KPD 2009 DI THE MAGELLAN SUTERA, KOTA
KINABALU.

YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian
& Industri Makanan Sabah (tengah) dan isteri, Y.Bhg. Datin
Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Mohd. Yunin duduk di meja
utama bersama tetamu kehormat yang lain.

YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Hussin melancarkan Video Promosi Projek Cendawan
bersama-sama YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan (dua dari kiri),
YB. Datuk Haji Musbah Jamli (tiga dari kanan), YB. Tuan Haji
Ahmad Bujang (dua dari kanan), Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu
Mansor (kiri) dan Y.Bhg. Datuk Haji Ujang Sulani (kanan).

YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Hussin bergambar bersama penerima anugerah Projek
Cemerlang KPD Tahun 2009 iaitu Perkhidmatan Pemasaran FFB
Tawau, Projek Ternakan Ayam Pedaging dan Projek Cendawan.
28 DISEMBER 2009
MAJLIS
MENANDATANGANI SURAT PERJANJIAN BEKERJASAMA (COLLABORATIVE
AGREEMENT) DI ANTARA KORPORASI PEMBANGUNAN DESA (KPD) DENGAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM), SERDANG BERTEMPAT DI GRAND
BALLROOM, TINGKAT 1, HOTEL PROMENADE, KOTA KINABALU.

YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian
Dan Industri Makanan Sabah menyaksikan Majlis Menandatangani
Perjanjian Bekerjasama Diantara KPD dan UPM, Serdang yang
diwakili oleh YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD
(duduk, dua dari kiri) dan Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik
Mustapha R. Abdullah, Naib Cancelor UPM (duduk, dua dari
kanan).

YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Hussin menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian
diantara YB. Tuan Haji Ahmad Bujang (dua dari kiri) dan
Y.Bhg. Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah di majlis
itu.

YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Hussin menekan butang sebagai simbolik
melancarkan video promosi Projek Ternakan Kambing KPD sambil
diperhatikan oleh Haji Ahmad Bujang - Pengerusi KPD (tiga
dari kiri), Dr. Nik Mustapha - Naib Cancelor UPM (kiri),
Datu Basrun Haji Datu Mansor - Pengurus Besar KPD (kanan)
dan Haji Jumahat Intang - Timbalan Setiausaha Tetap
Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (dua dari
kanan).

YB. Datuk Seri Panglima
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian Dan Industri
Makanan Sabah sedang memerhati model kawasan Pusat
Pembiakbakaan Kambing Boer KPD yang terletak di Kabang,
Papar.
22 DISEMBER
2009
MAJLIS
PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN KEPADA PELATIH PUSAT LATIHAN
BELIA KPD/OISCA, LAGUD SEBRANG, TENOM.

YB. Datuk Bobbey Ahfang
Suan, Pembantu Menteri Pertanian & Industri Makanan Sabah
menyampaikan hadiah kepada Pelatih Cemerlang Pusat Latihan
Belia KPD/OISCA Sesi 2009, diperhatikan oleh Encik Jimil
Jainol, Ketua Jurulatih (kiri).

YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan
(dua dari kiri) melawat pameran produk yang dihasilkan
pelatih, diiringi oleh Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor,
Pengurus Besar KPD (tiga dari kiri) dan Encik Azman Haji
Ruslan, wakil Pengerusi KPD (dua dari kanan).

YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan
(lima dari kiri) bergambar bersama-sama pelatih yang telah
menerima Sijil Tamat Latihan pada majlis tersebut.
20 DISEMBER
2009
TAMU KPD
SEMPENA HARI KRISMAS DI KOMPLEKS PEMASARAN KPD, TELUK LIKAS,
KOTA KINABALU.

Puan Jamilah Lee, Presiden
Kelab Desa Kota Kinabalu menyampaikan hadiah kepada pemenang
Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak yang diadakan semasa tamu
tersebut.

Para peserta Pertandingan
Mewarna Kanak-Kanak bergambar bersama Presiden Kelab Desa
Kota Kinabalu (mencangkung, tengah) dan Santa Klaus serta
Santa Rina.
10 NOVEMBER
2009
KUNJUNGAN KEHORMAT LEMBAGA PENGARAH
KORPORASI PEMBANGUNAN DESA (KPD) KEPADA
YAB. DATUK SERI PANGLIMA MUSA HAJI AMAN,
KETUA MENTERI SABAH DI WISMA INNOPRISE, KOTA
KINABALU.

YAB.
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah
(tengah) bergambar bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah KPD.
Di sebelah kanan beliau adalah YB. Tuan Haji Ahmad Bujang,
Pengerusi KPD (empat dari kiri), manakala di sebelah kiri
beliau adalah Encik Assan Nasib, Timbalan Pengerusi KPD
(lima dari kanan) dan Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor,
Pengurus Besar KPD (empat dari kanan).

YAB. Datuk Seri Panglima
Ketua Menteri melihat produk-produk keluaran KPD yang dibawa
semasa kunjungan kehormat tersebut.

Ketua Menteri sedang
meneliti produk cendawan Shiitake yang dikeluarkan oleh KPD.
02 – 05 JULAI 2009
HARI
PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN
2009 BERTEMPAT DI PADANG MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN,
SANDAKAN.

Pengurus Besar KPD, Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu Mansor
sedang memberipenerangan mengenai pokok Stevia rebaudiana
Bertoni kepada YAB. Datuk SeriPanglima Musa Haji Aman, Ketua
Menteri Sabah. Pokok stevia sejenis gantian gula adalah
antara yang dipamerkan oleh KPD sempena HPPNS 2009. Turut
kelihatan adalah YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin,
Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri
Makanan Sabah (kiri), YB. Datuk Haji Musbah Jamli, Timbalan
Menteri II KPIM (kanan) dan YB. Tuan Haji Ahmad Bujang,
Pengerusi KPD (tengah).

YB.
Datuk Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (kanan)
jugasangat tertarik dengan bahan pameran di gerai KPD.
Y.Bhg. Tuan Pengurus Besar KPD (tengah) dan YB. Tuan
Pengerusi KPD (kiri) kelihatan ketawa bersama-sama dengan YB.
Datuk SKN.

Inilah
gerai pameran KPD sempena HPPNS 2009 di Sandakan yang
sentiasa menggamit minat para pengunjung.

Pokok
Stevia rebaudiana Bertoni adalah sejenis gantian gula
yang berasal dari Paraguay di Amerika Selatan. Ia boleh
menggantikan penggunaan gula tebu dan sesuai dimakan oleh
mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis.
12 MEI 2009
MAJLIS
PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA AHLI LEMBAGA PENGARAH
KORPORASI PEMBANGUNAN DESA(KPD) BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT
I, ARAS 8,WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU.

YB.
Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua
Menteri / Menteri PertanianDan Industri Makanan Sabah sedang
menyampaian Watikah Pelantikan kepada YB. Tuan Haji Ahmad
Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Sipitang sebagai
Pengerusi KPD sambil diperhatikan oleh Y.Bhg. Datuk Haji
Ujang Sulani, Setiausaha Tetap KPIM (kanan) dan Y.Bhg. Datu
Basrun Haji Datu Mansor, Pengurus Besar KPD (kiri).

YB.
Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin sedang menyampaikan
ucapan sejurus selepas upacara Penyampaian Watikah
Pelantikan selesai. Di sebelah kiri beliaua dalah YB. Datuk
Bobbey Ahfang Suan, Timbalan Menteri I Kementerian Pertanian
Dan Industri Makanan Sabah.

Pegawai-pegawai kanan KPD turut hadir di Majlis Penyerahan
Watikah Pelantikan Kepada Ahli Lembaga Pengarah KPD.
22 FEBRUARI 2009
MAJLIS
MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DI ANTARA
KORPORASI PEMBANGUNAN DESA (KPD) DANUNIVERSITI MALAYSIA
SABAH (UMS) BERTEMPAT DI HOTELSABAH, SANDAKAN

YB.
Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD (tengah) sedang
menandatangani dokumen Perjanjian Persefahaman (MOU) sambil
diperhatikan oleh Y.Bhg. Datu BasrunHaji Datu Mansor,
Pengurus Besar KPD (kanan). Di sebelah kanan beliau adalah
Y.Bhg. Kolonel Profesor Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon,
Naib Cancelor UMS.

YB.
Tuan Haji Ahmad Bujang dan Y.Bhg. Kolonel Profesor Datuk Dr.
Kamaruzaman Haji Ampon sedang bertukar-tukar dokumen sambil
disaksikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin,
Timbalan Ketua Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri
Makanan Sabah (tengah).
19 FEBRUARI 2009
MAJLIS
PENYERAHAN PERALATAN PENTERNAKAN LEBAH MADU DAN BIBIT VANILA
KEPADA PESERTA PERLADANGAN KONTRAK PERINGKAT DAERAH SIPITANG
BERTEMPAT DI DEWAN SERBAGUNA, SIPITANG

YB.
Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri
/ Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang
menyerahkan haif kepada salah seorang peserta kontrak KPD
sambil dibantu oleh Y.Bhg. Datu Basrun Hj. Datu Mansor,
Pengurus Besar KPD. Turut mengiringi YB. Datuk Seri Panglima
Menteri adalah YB. Datuk Haji Musbah Jamli, Pembantu Menteri
II Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (kiri)
dan YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD merangkap Ahli
Dewan Undangan Negeri N.28 Sindumin (kedua dari kiri).

YB.
Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin sedang meneliti
plaque pelancaranproduk madu lebah KPD iaitu Borneo
Tropical Honey yang ditandatangani oleh YAB. Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia semasa MAHA
2008 di Serdang. Kelihatan Pengurus Besar KPD sedang
menerangkan sesuatu kepada YB. Datuk Seri Panglima Timbalan
Ketua Menteri.

YB.
Datuk Seri Panglima Timbalan Ketua Menteri meneliti
produk-produk vanila yang dipamerkan di majlis berkenaan.
Antaranya adalah pod kering vanilla, ekstrak vanillin, gula
vanila dan sebagainya
23 JANUARI 2009
JAMUAN
TAHUNAN KPD 2009 BERTEMPAT DI THE MAGELLAN SUTERA,
KOTA KINABALU

Tetamu
kehormat pada majlis tersebut adalah YB. Datuk Seri Panglima
Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri / Menteri
Pertanian Dan Industri Makanan Sabah (ketiga dari kiri) yang
diiringi oleh isteri beliau, Y.Bhg. Datin Seri Panglima
Hajjah Jouyah Mohd. Yunin (keempat dari kanan).

Datuk
Seri Panglima Haji Yahya Hussin sedang menekan butang tanda
pelancaran Video Korporat KPD bagi Projek Ternakan Lebah
Madu. Turut kelihatan adalah Y.Bhg. Datu Basrun Haji Datu
Mansor, Pengurus Besar KPD (kiri sekali), YB. Tuan Haji
Ahmad Bujang, Pengerusi KPD (ketiga dari kanan), YB. Datuk
Bobbey Ahfang Suan, Timbalan Menteri I Kementerian Pertanian
Dan Industri Makanan Sabah (kedua dari kanan) dan Y.Bhg.
Encik Matius Sator, Setiausaha Tetap KPIM (kanan sekali).

Encik
Dalius Gahun, Pengurus Projek (Pertanian) Sandakan sedang
menerima hadiah Anugerah Projek Cemerlang daripada YB. Datuk
Seri Panglima Haji Yahya Hussin. Perkhidmatan Pemasaran FFB
KPD Sandakan telah memenangi pertandingan yang diadakan.
10 DISEMBER 2008
SIGNING CEREMONY MEMORANDUM OF UNDERSTANDING
(MOU) BETWEEN MINISTRY OF AGRICULTURE AND FOOD INDUSTRY,
SABAH (MAFI) AND OISCA–INTERNATIONAL, JAPAN AT MAFI MEETING
ROOM I, LEVEL 8, WISMA PERTANIAN SABAH, KOTA KINABALU.

YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Timbalan Ketua
Menteri / Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah
sedang menyampaikan ucapan.

YB. Datuk Seri Panglima Menteri (ketiga dari
kiri) dan Encik Nagaishi Yasuaki, Setiausaha Agung,
OISCA-International, Jepun (kedua dari kanan) sedang
menandatangani dokumen MOU. Di sebelah kanan Menteri adalah
Y.Bhg. Encik Matius Sator, Setiausaha Tetap Kementerian
Pertanian Dan Industri Makanan Sabah, manakala di kiri
sekali adalah YB. Tuan Haji Ahmad Bujang, Pengerusi KPD.
Duduk di sebelah kanan adalah Y.Bhg. Dato’ Mohd. Soffian
Abdul Rahim, Naib Presiden, OISCA-International, Malaysia
Chapter.

Kelihatan YB. Datuk Seri Panglima Haji Yahya
Hussin dan Encik Nagaishi Yasuaki sedang bertukar-tukar
dokumen MOU sambil diperhatikan (dari kiri) oleh Y.Bhg. Datu
Basrun Datu Haji Mansor (Pengurus Besar KPD), YB. Tuan Haji
Ahmad Bujang (Pengerusi KPD), Y.Bhg. Encik Matius Sator
(Setiausaha Tetap KPIM) dan Y.Bhg. Dato’ Mohd. Soffian Abdul
Rahim (Naib Presiden, OISCA-International, Malaysia Chapter)
(kanan sekali).
9 DISEMBER 2008
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN, PUSAT
LATIHAN BELIA KPD-OISCA BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN BELIA
KPD-OISCA, LAGUD SEBRANG, TENOM

YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan, Pembantu
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang
memeriksa perbarisan para pelatih Pusat Latihan Belia
KPD-OISCA, diiringi oleh YB. Tuan Haji Ahmad Bujang,
Pengerusi KPD (kiri) dan Y.Bhg. Datu Basrun Datu Haji
Mansor, Pengurus Besar KPD (kanan).

YB. Datuk Bobbey Ahfang Suan, Pembantu
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang
menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

YB. Datuk Bobbey sedang menyampaikan tropi
kepada Adik Anjarik Maang yang telah dipilih sebagai Pelatih
Cemerlang Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Lagud Sebrang,
Tenom Sesi 2008 sambil diperhatikan oleh Y.Bhg. Datu Basrun
Datu Haji Mansor, Pengurus Besar KPD (kiri) dan Encik
Nagaishi Yasuaki, Setiausaha Agung, OISCA-International,
Jepun (berbaju putih).
4-6 JULAI 2008
PERAYAAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI SABAH
(HPPNS) 2007 DI TAPAK PERAYAAN HPPNS, KOMPLEKS PEMASARAN
KPD, TELUK LIKAS

YAB.
Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah
sedang mendengar sesuatu daripada YB. Datuk Seri Panglima
Hj. Yahya Hussin, Timbalan
Ketua Menteri,
merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah
mengenai ekstrak vanila yang
akan dikeluarkan oleh KPD pada masa hadapan semasa melawat
ke Gerai Pameran KPD

Pengurus Besar KPD sedang menerima hadiah Pertandingan Gerai
Pameran Teknologi Dan Hasil-Hasil Pertanian Sempena HPPNS
2008 daripada YB. Datuk Seri Panglima Hj.
Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri,
merangkap Menteri Pertanian Dan Industri
Makanan Sabah

Gerai
Pameran KPD sempena HPPNS 2008 yang telah mendapat tempat
ketiga dalam
Pertandingan Gerai Pameran Teknologi Dan Hasil-Hasil
Pertanian Kategori Sektor Kerajaan
12 MEI 2008
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DI
ANTARA KPD DAN CV MOERI AGRO, INDONESIA DI KOTA KINABALU

Pengurus Besar sedang menandatangani dokumen perjanjian
sebagai saksi kepada YB. Datuk
Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Sabah,
merangkap Timbalan Pengerusi KPD yang
mewakili KPD di majlis tersebut

Upacara bertukar-tukar dokumen di antara Datuk Bobbey Suan
yang mewakili KPD dengan
Ibu Sylvia O. Rurupadang dari CV Moeri Agro,
Indonesia sambil diperhatikan oleh
YB. Datuk Seri Panglima Hj.
Yahya Hussin, Timbalan Ketua
Menteri, merangkap
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah

YB. Datuk
Seri Panglima Hj. Yahya Hussin sedang mendengar penerangan
daripada Puan Sri Juniarti Salam, Pengurus Projek (Tanaman
Tanah Rendah II) mengenai produk
Bio-FOB yang dibekalkan oleh CV Moeri Agro kepada KPD untuk
diedar di pasaran tempatan
25 JANUARI 2008
MAJLIS JAMUAN TAHUNAN KPD 2007 DI PACIFIC SUTERA HOTEL, KOTA
KINABALU

YB. Datuk Hj. Abd. Rahim
Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah,
merangkap Pengerusi KPD sedang menyampaikan ucapan di majlis
tersebut

Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Hj.
Datu Mansor menyampaikan
cenderakenangan kepada YB. Datuk Hj. Abd.
Rahim
Ismail

Dari kiri YB. Datuk Bobbey
Suan, Datu Basrun Hj. Datu Mansor,
YB. Datuk
Hj. Abd. Rahim Ismail dan isteri
13 JANUARI 2008
LAWATAN ROMBONGAN DARI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU (DBKK)
KE BORNEO MUSHROOM, MASILAU, KUNDASANG

Rombongan dari DBKK yang diketuai oleh Mayor, Datuk Mohd.
Ilyas Ibrahim (kanan)
sedang mendengar taklimat mengenai Borneo
Mushroom

Mayor DBKK sedang melihat
p’p’ bag cendawan Shiitake yang disusun di rumah
cendawan
sambil diiringi oleh Puan Jamilah Lee, Pengurus Projek
(Cendawan)

Ahli
rombongan melihat produk-produk KPD yang dikeluarkan di
Borneo Mushroom – bibit cendawan, Ling Tze
Tea dan Ling Tze Coffee
18 DISEMBER 2007
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN KEPADA PELATIH PUSAT
LATIHAN BELIA KPD-OISCA DI LAGUD SEBRANG, TENOM

YB. Datuk
Hj. Abd. Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri
Makanan Sabah, merangkap Pengerusi KPD sedang bersalaman
dengan para pelatih
semasa
memeriksa perbarisan tamat latihan

YB. Datuk Hj. Abd. Rahim
Ismail sedang menyampaikan
sijil
kepada salah seorang peserta di majlis tersebut

Para
pelatih di Pusat Latihan Belia KPD-OISCA mengabadikan
gambar kenang-kenangan bersama VIP dan para
jemputan khas
26 NOVEMBER 2007
LAWATAN ROMBONGAN DARI SEKOLAH PERTANIAN LESTARI, UNIVERSITI
MALAYSIA SABAH (UMS) KE IBU PEJABAT KPD, WISMA PERTANIAN
SABAH,
KOTA KINABALU

Rombongan
dari Sekolah Pertanian Lestari UMS duduk di barisan sebelah
kiri,
manakala di barisan kanan adalah para pegawai kanan KPD.
Duduk di tengah adalah Pengurus Besar KPD,
Datu Basrun Hj.
Datu
Mansor

Ahli
rombongan UMS mendengar taklimat
Pengurus Besar KPD dengan penuh perhatian

Ketua rombongan dari UMS,
Prof. Madya Dr. Marcus Atong sedang
menyampaikan cenderakenangan Kepada Pengurus Besar KPD
27-28 OKTOBER 2007
KURSUS “ENHANCING TEAM SUCCESS” DI BORNEO PARADISE, KINARUT

Fasilitator
sedang menyampaikan ceramah kepada para peserta
yang terdiri daripada anggota KPD di seluruh Sabah

Antara
aktiviti adalah “Spider Net” yang hanya boleh dilakukan
dengan adanya semangat kerja berpasukan yang
kukuh

Semangat
berpasukan juga boleh diwujudkan
menerusi aktiviti seumpama ini
24-26 SEPTEMBER 2007
KURSUS MOTIVASI PROGRAM MEMPELBAGAI DAN MENAMBAHKAN
PENDAPATAN PETANI, PENTERNAK DAN NELAYAN (2M3PN) BAGI
PESERTA PROJEK CENDAWAN KPD DI KOTA KINABALU

Puan
Fedelina Isidore (Fasilitator) sedang memberi mesej
mendalam kepada para petani melalui aktiviti yang dijalankan

Para petani mengangkat
tangan menunjukkan keyakinan
mereka
akan terus maju menerusi projek yang dijalankan

Peserta
kursus meneliti permasalahan berbentuk permainan yang
dikemukakan kepada
mereka. Cara penyelesaian masalah ini adalah bergantung
kepada kreativiti masing-masing
10 SEPTEMBER 2007
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MS ISO 9001:2000 KEPADA KPD OLEH
SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. DI DEWAN KEMENTERIAN
PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH (KPIM), WISMA PERTANIAN
SABAH, KOTA KINABALU

Pengurus Besar KPD sedang menerima Sijil MS ISO 9001:2000
daripada Presiden Sirim Qas International Sdn. Bhd. sambil
diperhatikan oleh YB. Datuk Hj.
Abd. Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri Makanan
Sabah,
merangkap Pengerusi KPD

Kelihatan YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail meneliti Sijil MS
ISO 9001:2000 yang baru
diterima oleh KPD sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya
dalam membangunkan masyarakat luar bandar di
Sabah

Para VIP
dan jemputan khas bergambar bersama dengan pegawai-pegawai
kanan KPD selepas majlis penyampaian sijil
26 - 29 JULAI 2007
PERAYAAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN NEGERI SABAH
(HPPNS) 2007 DI TAPAK PERAYAAN HPPNS, KOMPLEKS PEMASARAN
KPD, TELUK LIKAS

Pengurus
Besar sedang menerangkan sesuatu mengenai produk Ling Tze
keluaran KPD
kepada YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan
Ketua Menteri yang mewakili
Ketua Menteri Sabah merasmikan HPPNS 2007
semasa melawat ke Gerai Pameran KPD

Pengurus
Besar KPD sedang menerima hadiah Pertandingan Gerai Pameran
Teknologi Dan
Hasil-Hasil Pertanian Sempena HPPNS 2007 daripada
YB. Datuk Hj. Abd. Rahim Ismail, Menteri
Pertanian Dan Industri Makanan Sabah

Beginilah Gerai Pameran KPD
yang telah mendapat Naib Johan
bagi Kategori Sektor Kerajaan dalam pertandingan tersebut
28 JANUARI 2007
KURSUS 'ENHANCING TEAM SUCCESS' DI BERINGIS RESORT,
KINARUT, PAPAR

Bersama pasti boleh ... mungkin itulah yang sedang difikirkan
oleh kumpulan ini

Para
Peserta kursus sangat gembira dan bertuah kerana terpilih
mengikuti
kursus yang paling 'exciting' dan bermanafaat ini
26 JANUARI 2007
MAJLIS JAMUAN TAHUNAN KPD

YB.
Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan Industri
Makanan Sabah
selaku Pengerusi KPD melancarkan logo baru KPD

Tahniah... YB. Datuk Menteri menyampaikan sijil penghargaan
kepada salah seorang
anggota KPD yang bersara

Menarik perhatian...persembahan menarik yang sedang berlangsung
di pentas.

Satu
untuk album..
YB Datuk Menteri bersama-sama para penerima
Anugerah Khidmat Lama
25 JANUARI 2007
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN USAHASAMA DI ANTARA
KPD AND EVERGREEN LIVESTOCK SDN BHD

YB
Datuk Bobbey Suan, Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri
Makanan Sabah
selaku Timbalan Pengerusi KPD sedang menandatangani dokumen
perjanjian
dan disaksikan oleh Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar
KPD

Sah...bertukar-tukar dokumen perjanjian usahasama dalam bidang
penternakan lembu tenusu
di daerah Nabawan di antara YB Datuk Bobbey Suan bagi pihak KPD
dan
Encik Yap Yun Fook, Pengarah Urusan, Evergreen Livestock Sdn Bhd
di saksikan oleh
YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail.
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DI ANTARA
KPD DAN JABATAN PERIKANAN SABAH

Datu
Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD sedang menandatangani
dokumen perjanjian

Bertukar-tukar dokumen Persefahaman dalam bidang penyelidikan
dan Pembangunan ikan air tawar
di Tenom dan Beaufort di antara Datu Basrun Hj. Datu Mansor bagi
pihak KPD dan
Encik Rayner Datuk Stuel Galid, Pengarah Jabatan Perikanan
Sabah, bagi pihak JPS
disaksikan oleh YB. Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail.
11 DISEMBER 2006
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN PELATIH-PELATIH
PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA, LAGUD SEBRANG TENOM

YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian dan Industri
Makanan Sabah
sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelatih terbaik

YB
Datuk Menteri bergambar bersama-sama para pelatih sesi 2006
4 - 5 NOVEMBER 2006
KURSUS ENHANCING TEAM SUCCESS
MIMPIAN JADI RESORT, TUARAN

Pengurus Besar bersama fasilitator
dan para peserta semasa majlis penutupan kursus

"Teamwork for success"
22 SEPTEMBER 2006
LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR
DAN WILAYAH MALAYSIA,
YB. DATUK DR. TIKI LAFE KE PROJEK CENDAWAN KPD, MOYOG, PENAMPANG

YB. Datuk Dr. Tiki Lafe diberi
taklimat mengenai penanaman cendawan di kawasan Moyog
oleh Pengurus Besar KPD

YB. Datuk Dr. Tiki sedang memerhati
hasil keluaran cendawan
kawasan Moyog, Penampang

PP' Beg cendawan jenis Shiitake
keluaran KPD
3
SEPTEMBER 2006
LAWATAN RASMI MENTERI PERTANIAN DAN ASAS TANI MALAYSIA, TAN SERI
MUHYIDDIN MOHD YASSIN BERSAMA MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
MAKANAN SABAH KE PUSAT PEMBIAKAN DAN PEMBAKAAN KAMBING KACUKAN
BOER KPD, KABANG PAPAR

YB. Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
bersama YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail sedang
mendengar taklimat daripada Pengurus Besar KPD (baju cerah
kuning) semasa lawatan

Tinjauan ke Pusat Pembiakan dan
Pembakaan Kambing tersebut.
10 FEBRUARI 2006
MAJLIS PERPISAHAN UNTUK TUAN HAJI MOHD. DOS ISMAIL
MANTAN TIMBALAN PENGURUS BESAR KPD

Datu
Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar KPD menyampaikan Ucapan
dalam Majlis
Perpisahan Tuan Hj. Dos Ismail, mantan Timbalan Pengurus Besar
KPD.

Jasamu
dikenang ... Yang Berhormat Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail,
Menteri Pertanian dan Industri
Makanan Sabah selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Korporasi
Pembangunan Desa (KPD)
menyampaikan cenderakenangan kepada Tuan Hj. Mohd Dos Ismail
Mantan Timbalan
Pengurus Besar KPD

Untuk
album .. YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan
Industri Makanan Sabah
dalam sessi bergambar bersama Tuan Hj. Mohd Dos Ismail. Turut
bersama dalam gambar ialah
Datuk Gregory Joitol, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan Sabah
(Keempat dari kiri), Datu Basrun Hj. Datu Mansor, Pengurus Besar
KPD (Ketiga dari kiri)
Encik Ahmad Ag. Hashim Timbalan Setiausaha Tetap, KPIM (Ketiga
dari kanan) dan juga empat
anggota KPD yang telah berpindah ke Jabatan Pertanian
15 DISEMBER
2005
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS LATIHAN,
PUSAT LATIHAN BELIA KPD-OISCA

YB Encik
Bobbey Suan menerima tabik hormat dan memeriksa barisan kehormat
para pelatih KPD-OISCA sesi 2005

Antara
pelatih yang menerima sijil tamat latihan

Pelatih
Cemerlang ... Encik Herman Bin Bangsawan menerima
anugerah Pelatih Cemerlang sesi 2005

Para
pelatih bersama YB Encik Bobbey Suan,
Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah

Pelatih-pelatih tahun II

YB Encik
Bobbey Suan melawat pameran aktiviti-aktiviti
Pusat Latihan Belia KPD-OISCA, Tenom
17 NOVEMBER 2005
OISCA PERBAHARUI KOMITMEN
TERHADAP PUSAT LATIHAN BELIA
Oleh : Encik Henry Ng

Rasmi ... bertukar-tukar dokumen MOU
di antara KPIM dan OISCA International, Japan
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM) dan
OISCA International Japan telah memperbaharui semula komitmen
masing-masing untuk membantu Pusat Latihan Belia KPD-OISCA di
Tenom melaksanakan program-program latihannya.
Selain
meneruskan program-program latihan yang sedia ada di Tenom,
Pusat Latihan Belia itu dijangka akan memperkenalkan beberapa
inisiatif baru, temasuklah memberi peluang kepada para pelatih
menyertai program perladangan kontrak dengan KPD.
Perkara ini
dicadangkan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Hj
Abdul Rahim Ismail, pada majlis menandatangani Memorandum
Persefahaman antara KPIM dan OISCA International di Bilik
Mesyuarat I, KPIM 17 November 2005.

YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail,
Menteri Pertanian Dan Industri Makanan Sabah sedang
memberi ucapan dalam majlis MOU pada 17 Disember, 2005

Encik Michio Hirose, Secretary
General OISCA International, Japan sedang
menyampaikan ucapan beliau
Melalui
perjanjian itu, OISCA melanjutkan komitmennya selama tiga
tahun lagi untuk membantu program-program di Pusat Latihan
Belia KPD -OISCA, Tenom.
Dalam
ucapannya, YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail menghargai
sumbangan OISCA Intenational Japan serta berharap Badan
Antarabangsa itu akan terus memberikan biasiswa kepada para
pelatih KPD-OISCA yang terpilih untuk melanjutkan
latihan-latihan di Pusat Latihan OISCA di Jepun.
YB Datuk
Menteri berkata Pusat Latihan belia itu masih releven,
terutama dalam menyediakan kemudahan latihan-latihan bidang
pertanian serta latihan pembangunan insan, terutama kepada
belia-belia di luarbandar.
Menteri itu
juga berharap pemeterian perjanjian persefahaman baru itu akan
membuka ruang kepada KPD dan OISCA untuk meneroka serta
memperluaskan program -program latihan di Pusat Latihan belia
itu.
Pusat Latihan
itu yang beroperasi sejak 1977 telah melatih ribuan belia dari
seluruh Sabah dalam pelbagai bidang, termasuklah bidang
pertanian dan pemprosesan makanan.
Pusat itu
menerima 60 pelatih setiap tahun untuk mengikuti latihan
selama setahun.
Dokumen MOU
itu ditandatangani bersama YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail,
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Encik Michio
Hirose, Setiausaha Agung OISCA International Japan. Majlis itu
disaksikan Setiausaha Tetap KPIM Datuk Gregory Joitol dan Ms
Michiko Takahasi, Penolong Pengarah Kanan OISCA International
Japan.

Upacara menandatangani MOU
Majlis
tersebut yang dianjurkan oleh Korporasi Pembangunan Desa turut
di hadiri oleh Yang Berhormat Encik Japlin Akim, Pembantu
Menteri Pertanian dan Indusrti Makanan Sabah, Datu Basrun Hj.
Datu Mansor, Pengurus Besar KPD, Ketua-ketua Jabatan dan
Agensi dibawah KPIM dan beberapa Ahli OISCA-International
Sabah Chapter.
19 SEPTEMBER
2005
KPD BERHASRAT UNTUK MENJADI
PENGELUAR MADU LEBAH
YANG TERKEMUKA DI RANTAU INI
Oleh: Henry Ng dan Roslan Masran

Kom Madu Lebah ... YB Encik Japlin Akim, Pembantu Menteri
Pertanian
Dan Industri Makanan Sabah (kanan) bersama Datu Basrun Hj.
Datu Mansor,
Pengurus Besar KPD (kiri) di ladang Peserta Projek Penternakan
Lebah Madu KPD
di Matunggong, Kudat.
Pada 19 September 2005, KPD
telah menyerahkan peralatan penutup mata, pengasap dan haif
kepada 20 peserta di bawah program mempelbagai dan menambah
pendapatan petani pada satu majlis penyerahan di Matunggong ,
Kudat.
Bagi
penternakan lebah madu, KPD pula, yang terletak di bawah
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, akan terus
membantu para petani luarbandar dari segi memberi latihan,
tunjuk ajar serta pembekalan peralatan haif.
Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Encik Japlin
Akim, yang mewakili Menteri Pertanian dan Industri Makanan,
Datuk Abdul Rahim Ismail, menyampaikan peralatan tersebut.
Sebanyak 20 petani ini adalah kumpulan pertama daripada
sejumlah 80 petani daripada Pitas, Kudat dan Kota Marudu yang
menerima bantuan itu, manakalah yang selebihnya akan menerima
tidak lama lagi.
Setakat ini KPD telah melatih 785 petani di daerah Kudat dalam
penternakan lebah madu, tetapi yang masih aktif ialah sekitar
200 orang.
Kecendertungan KPD untuk meningkatkan pengeluaran madu lebah
di Sabah sekaligus menjadikan bidang ini sebagai salah satu
perusahaan teras atau ‘core business’ nya, adalah
memandangkan potensi besar dan luas bidang itu di negeri ini
tetapi belum dieksploitasi sepenuhnya.
Hasrat dan matlamat lebih besar ialah untuk melihat KPD
memainkan peranan penting ke arah menjadikan Malaysia sebagai
salah sebuah Negara pengeluar madu lebah yang terkemuka di
rantau ini.
Untuk tujuan itu, KPD juga mensasarkan untuk mewujudkan 200
usahawan yang bergiat sepenuh masa dalam penternakan lebah
madu menjelang 2010.
Apabila berjaya kelak, setiap individu atau peserta di bawah
program ini dijangka memelihara sekurang-kurangnya 500 haif
lebah madu yang mampu mendatangkan pendapatan sekitar RM2,500
sebulan.
Menurut Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Bin Datu Haji Mansor,
para peserta usahawan tani tersebut akan diberi bantuan dan
bimbingan yang perlu oleh KPD seperti kursus dan latihan,
modal pinjaman dan pasaran untuk hasil madu kelak.
Menurut Datu Basrun, selain meningkatkan program latihan
kepada para petani, KPD juga akan menambah jumlah haif
sehingga mencapai status ‘komersil’, manakala bentuk kontrak
dengan para penternak juga akan disusun semula bagi mewujudkan
situasi ‘menang-menang’.
Selain itu, KPD juga merancang untuk menghasilkan
produk-produk baru berasaskan madu, termasuklah pengeluar
‘royal jelly’.
Untuk menampung pengeluaran hasil madu lebah yang dijangka
akan meningkat, KPD akan meningkatkan keupayaan kilang
pemprosesan madunya sekarang di Timbang Batu, Kota Marudu yang
hanya mampu memproses kira-kira dua tan madu lebah sebulan.
Kilang yang mula beroperasi 1992 itu juga akan dipindahkan ke
Sikuati sebagai langkah menambahbaik perkhidmatan penghantaran
bagi para penternak, yang ramai tertumpu di kawasan itu.
Setakat ini, KPD boleh berbangga kerana dapat melahirkan dua
orang penternak lebah madu paling berjaya di daerah Kudat,
iaitu Modinbil Monbanjau dan Farinchais Mogapal yang
masing-masing mempunyai 500 dan 130 haif dengan pendapatan
RM2,600 dan RM1,000 sebulan.
Modinbil dan Farinchais, yang menjadi peserta KPD pada tahun
1992 dan 1998, masing-masing mengusahakan ladang ternakan
lebah madu di kampung Mompilis, Kudat dan Kampung Bodu, Kota
Marudu.
Dengan pendekatan-pendekatan baru ini, KPD diharap bukan
sahaja dapat mempelbagaikan aktivitinya tetapi memberi harapan
dan kekuatan kepada agensi itu untuk terus melangkah ke
hadapan dan di atas landasan yang betul.


Tahniah .. peserta-peserta projek penternakan Lebah Madu KPD
menerima
alat-alat penternakan daripada YB Encik Japlin Akim
1
SEPTEMBER 2005
KPD ATUR STRATEGI UNTUK CAPAI
KEJAYAAN
Oleh:
Henry Ng dan Roslan Masran

Datu Basrun Hj. Datu Mansor,
Pengurus Besar KPD (kiri) dan Dato' Dr. Lim Siow Jin,
gasdfasdf
Pengerusi Eksekutif DXN Holdings Bhd (Kanan) bertukar-tukar
dokumen perjanjian
persefahaman yang telah ditandatangani sambil disaksikan oleh
YB Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail, Menteri Pertanian Dan
Industri Makanan, Sabah.
Bermula dengan misi untuk
mambantu meningkatkan taraf hidup penduduk luarbandar,
Korporasi Pembangunan Desa (KPD) kini melaksanakan pendekatan
lebih berani, inovatif dan agresif untuk menjadikan agensi itu
lebih berdaya saing.
Langkah terbarunya termasuklah meningkatkan peranan dan
penglibatannya dalam mengkomersilkan sektor ternakan lebah
madu di Sabah dengan menjadikan dirinya player, tanpa
mengorbankan peranan dan tanggungjawab asalnya untuk membantu
para petani luarbandar.
KPD
telah memeterai satu perjanjian persefahaman dengan salah
sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, DXN Holdings
Bhd, bagi menerokai usahasama untuk menghasilkan beberapa
produk pertanian bernilai tinggi secara komersil termasuk
penggunaan bioteknologi.
Projek-projek yang dicadang akan dijalankan bersama
termasuklah penanaman dan penghasilan produk-produk berasaskan
spirulina, cendawan ganoderma dan cordyceps, pengeluaran
enzim, sericulture dan vermiculture.
Majlis menandatangani
MOU itu diadakan di Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan
Sabah di Wisma Pertanian Sabah, pada 01 September 2005, yang
disempurnakan oleh Pengurus Besar KPD Datu Basrun Haji Datu
Mansor sementera DXN Holding Bhd diwakili Pengerusi Eksekutif
Dato’ Dr. Lim Siow Jin. Majlis itu disaksikan Menteri
Pertanian dan Industri Makanan Datuk Hj. Abdul Rahim Ismail.

Ling
Tze ... antara produk keluaran KPD yang berpotensi

Pengurus Besar KPD sedang memerhatikan hasil nenas yang
berpotensi
dalam Pemprosesan Makanan menggunakan bioteknologi

Madu
Lebah ... Projek Penternakan Lebah Madu KPD akan terus
diperluaskan dan
diperbesarkan lagi

Peserta Projek Penternakan Lebah Madu KPD, Encik Francis
Mogapal (kanan) di Kg. Bodu,
Matunggong, Kudat bersama Pengurus Besar KPD
2 JULAI 2005
HARI KELUARGA KPD

Y.B Datuk Haji Abdul Rahim sedang
menyampaikan ucapan perasmian Hari Keluarga KPD

Y.B Japlin Akin (kanan), Datu Basrun
Hj. Datu Mansor (kiri) dan
ahli-ahli keluarga KPD menyertai senamrobik

Anak-anak keluarga KPD terhibur
dengan acara menyambut belon berisi air

Bakal wakil bina badan Sabah terdiri
daripada anak-anak keluarga KPD
|