Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakaatuh dan Salam Muhibbah.

Selamat datang ke Laman Web KO-NELAYAN dan selamat melayari laman ini.

Laman web ini merupakan satu pelantar KO-NELAYAN bagi menyebarkan maklumat kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar dan "stakeholders" tentang peranan dan perkhidmatan yang disediakan.

Melalui laman web ini dapatlah kita berhubung secara dua hala bagi mengetahui dan membincangkan keperluan asas pengusaha industri perikanan amya dan masyarakat nelayan khususnya.

KO-NELAYAN telah ditubuhkan dua puluh lapan tahun yang lalu namun tidak ramai yang tahu tentang KO-NELAYAN terutamanya di luar negeri Sabah kerana penyebaran maklumat yang terhad. Dengan perkembangan teknologi komunikasi dan informasi yang semakin canggih, dunia semakin kecil sehingga ceruk rantau dapat dipantau dengan hanya melayari internet. Kini orang awam boleh memperolehi maklumat yang dikehendaki berhubung peranan, fungsi, produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Ko-Nelayan.

Adalah menjadi harapan saya agar laman web ini dapat memenuhi keperluan komunikasi dan informasi kepada para pelanggan kami. Dengan yang demikian, saya amat berterima kasih kepada semua kerana dapat meluangkan masa mengunjungi laman web kami ini.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran yang membina untuk memperbaiki lagi persembahan laman web ini. Cadangan dan teguran bolehlah dikemukakan kepada web master laman ini.

Sekian, terima kasih. Wassalam

 
Haji Masood Haji Salleh

KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN)
Aras 4, Block A, Wisma Pertanian, Jalan Tasik, Simpang Jalan Maktab Gaya,
Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: 088-294307 / 294327    Fax: 088-218897    E-mel: konelayan@sabah.gov.my
Hakcipta Terpelihara 2004-2007, Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah | Paparan Terbaik dengan resolusi IE 800 x 600 dan keatas.
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.