KESESATUAN KAKITANGAN KO-NELAYAN

CADANGAN USUL-USUL YANG TELAH DI BAWA KE MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) SESI 2010-2011

 

01. PEMBERIAN KHAS KERAJAAN

Bayaran Khas sebanyak RM500.00 kepada Kakitangan Perkhidmatan Awam. ( Semua kakitangan telahpun menikmatinya )

 

02. PEGAWAI YANG DIPINJAMKAN DARI LUAR JABATAN

Cadangan supaya peluang diberikan kepada kakitangan yang memenuhi syarat untuk menjawat jawatan-jawatan yang berkenaan kecuali jawatan Pengurus Besar.

 

03. PARTITION/SESEKAT

Mohon supaya pihak Pengurusan mempertimbangkan untuk membuat partition khususnya untuk pegawai Gred 27.Perkara ini perlu dilihat dari segi kepentingan di setiap bahagian.

( Masih dipertimbangkan setelah program 5S terlaksana )

 

04. PELUANG BERKURSUS DALAM DAN LUAR NEGERI

Permohonan untuk mengikuti apa-apa jenis kursus boleh di pohon melalui sistem ‘on line’. Unit Sumber Manusia hanya menyediakan Kursus Dalaman sahaja.

 

05. PELUANG BAGI LANTIKAN PEKERJA BERGAJI HARI UNTUK DISERAP KE JAWATAN TETAP

Cadangan supaya sekiranya terdapat kekosongan jawatan ,pekerja bergaji hari hendaklah diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan yang berkenaan dengan mengambil kira prestasi dan komitmen pekerja tersebut.

 

06. PENGANJURAN AKTIVITI DAN PENGLIBATAN KAKITANGAN/AHLI KESKONS, KELAB DAN BAKIK DISERAP SEBAGAI URUSAN RASMI seperti berikut;

  • Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja
  • Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan
  • Menghadiri Hari Keluarga.
  • Menghadiri Makan Malam Ko-Nelayan

(rujukan surat KONEL(HQ)500-12/1 MBJ bertarikh 07 Okt 2010 berkaitan)

 

07. MEWUJUDKAN PELUANG BAGI JAWATAN PEMANDU WANITA

Cadangan supaya Justifikasi tawaran yang ditawarkan terbuka kepada wanita dan umur yang bersesuaian.

 

08. SUDUT INFORMASI

Cadangan supaya pihak Pengurusan menyediakan kawasan/sudut informasi seperti TV yang diletakkan di ruang legar Ko-Nelayan dengan memaparkan aktiviti-aktiviti Ko-Nelayan

(telah dilaksanakan)

 

09. MERAIKAN KAKITANGAN YANG BERSARA

Cadangan meraikan kakitangan yang bersara tanpa mengira gred jawatan dengan memberi hadiah atau cendera kenangan seperti jam tangan,tiket kapal terbang ke destinasi yang telah ditetapkan, penginapan hotel dan sebagainya.

(cadangan masih dipertimbangkan)

 

10. INSURAN PERLINDUNGAN KAKITANGAN

Mewujudkan perlindungan insuran kepada semua kakitangan.

( telah dilaksanakan )

 

11. ELAUN MAKAN BAGI PEKERJA BERGAJI HARI

Cadangan pemberian elaun makan atau inisiatif lain selain daripada gaji , bagi pekerja bergaji hari yang terlibat aktiviti pameran .

(budibicara ketua masing-masing)

 

12. KENDERAAN SETIAP WILAYAH

Cadangan supaya semua pejabat Wilayah/kompleks/Pejabat Kecil dibekalkan dengan kenderaan baru. Cadangan supaya kenderaan yang melebihi hayat 10 tahun hendaklah dihapus kira.

( keperluan kenderaan baru melalui bahagian masing-masing )

 

13. 1 KAKITANGAN 1 KOMPUTER

Cadangan supaya setiap kakitangan dibekalkan satu komputer termasuk peringkat Wilayah/Pejabat Kecil dan Kompleks.

(sedang dilaksanakan)

 

14. PELUANG/PENDEDAHAN KEPADA KAKITANGAN WILAYAH MENGHADIRI PAMERAN

Cadangan supaya kakitangan peringkat Wilayah diberi pendedahan luar yang berkaitan dengan tugas mereka seperti menyertai pameran dan sebagainya.

( kakitangan dari wilayah telah diwakilkan untuk menghadiri HPPNS 2011)

 

15. BENGKEL MOTIVASI

Cadangan supaya kesemua kakitangan yang terlibat kenaikan (KUP) hendaklah diberi pendedahan seperti Bengkel Motivasi.

( masih dalam proses penyediaan )

 

16. MEJA DAN KERUSI PEJABAT WILAYAH

Cadangan supaya mana-mana Pejabat Wilayah/Pejabat kecil yang masih menggunakan meja lama perlu ditukar dengan yang baru dan mengambil kira keselamatan dokumen agar dapat disimpan dengan selamat.

(Permohonan boleh dibuat kepada Ketua Bahagian masing-masing)

 

17. PENILAIAN PRESTASI KEPADA PEKERJA (SKT)

Antara masalah yang dapat dikesan semasa membuat penilaian.

  • Penilaian dibuat tanpa merujuk kepada Sasaran Kerja Tahunan kakitangan.
  • Tidak membuat penilaian SKT pada setengah tahun.
  • Penilaian yang dibuat oleh pegawai penilai(pertama)dibuat tanpa berbincang dengan PYD
  • Prestasi pegawai/kakitangan tidak dimaklumkan
  • Membuat penilaian secara tergesa-gesa pada setiap hujung tahun.

Penilaian prestasi adalah satu proses terpenting dalam amalan pengurusan sumber manusia.Melalui penilaian prestasi ini organisasi dapat melihat sejauh mana produktiviti yang telah dilakukan oleh para pekerjanya dari segi tahap pencapaian,tahap kecekapan dan tahap keberkesanan pekerja yang telah menjalankan tanggungjawab yang diarahkan dalam satu tempoh masa tertentu.

Penilaian prestasi yang berkesan adalah perlu bagi menjamin kedua belah pihak iaitu pekerja dan majikan memperolehi faedah optimum. Justeru itu, pekerja dan penilai kedua-duanya perlu bekerjasama untuk mencapai satu tujuan mencapai prestasi cemerlang yang bukan hanya menguntungkan pekerja,tetapi juga Pengurus dan keseluruhan organisasi.

 

18. MESYUARAT SETIAP BAHAGIAN

Cadangan supaya mesyuarat setiap Bahagian diadakan dan diamalkan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Dengan adanya mesyuarat seperti ini Ketua Bahagian dan kakitangan dapat berkongsi maklumat dan mengujudkan persekitaran hubungan kerja yang baik.

 

19. MEWUJUDKAN ELAUN KRITIKAL

Cadangan Mengujudkan elaun Kritikal kepada kakitangan yang menjalankan tugas-tugas berisiko. (Pegawai Jurutera dan Pegawai Undang2 telahpun menerima elaun)

(Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007... Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal)

 

20. PINJAMAN PERUMAHAN

Cadangan mengujudkan pinjaman perumahan kepada kakitangan Ko-Nelayan.

( masih dalam proses )

 

21. MELAKUKAN TUGAS-TUGAS KERJA LEBIH MASA

Setiap kerja lebih masa yang akan dilakukan mestilah mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada ketua masing-masing. Walaupun demikian, perlu ada perancangan dengan had masa dan justifikasi kepentingan kerja tersebut perlu disediakan untuk memohon kelulusan daripada ketua.

 

22. ELAUN KHIDMAT AWAM BAGI PEKERJA BERGAJI HARI DI KILANG KEROPOK KUDAT

Terdapat lima (5) orang pekerja yang tidak dibayar elaun khidmat awam kerana lantikan asal tidak ada dinyatakan bayaran Elaun Khidmat Awam.

( lantikan baru telah dikeluarkan dan pekerja telahpun dibayar )

 

23. KURSUS MEMANDU BERHEMAH

Kursus diadakan secara dalaman sahaja kepada kakitangan termasuk pekerja bergaji hari.

( telah dilaksanakan )

 

 

 

KESKONS

20 DISEMBER 2011

 

KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN)
Aras 4, Block A, Wisma Pertanian, Jalan Tasik, Simpang Jalan Maktab Gaya,
Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: 088-294307 / 294327    Fax: 088-218897    E-mel: konelayan@sabah.gov.my
Hakcipta Terpelihara 2004-2007, Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah | Paparan Terbaik dengan resolusi IE 800 x 600 dan keatas.
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.