Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana berpeluang berinteraksi bersama pengguna dalam Laman Web KO-NELAYAN. Ingin saya, nyatakan disini bahawa KO-NELAYAN sedang berusaha untuk memastikan penggunaan ICT terus dipertingkatkan sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memastikan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatannya.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut saya amat berharap Laman Web KO-NELAYAN ini akan menjadi penghubung di antara KO-NELAYAN dan orang ramai sebagai salah satu cara penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen, cekap dan berkesan. Saya juga mengharapkan agar dengan adanya Laman Web ini, orang ramai boleh memberi cadangan dan komen yang membina agar usaha penambahbaikan perkhidmatan KO-NELAYAN dapat dipertingkatkan lagi.
Akhir kata, saya amat berharap agar Laman Web KO-NELAYAN ini boleh menjadi wadah rasmi dua-hala dalam penyampaian maklumat yang lebih berkesan serta dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Selamat melayari Laman Web KO-NELAYAN dan semoga ianya dapat memberikan maklumat yang anda perlukan.
(Y.B. DATUK SAMSUDIN YAHYA, JP)
