KESKONS merupakan wakil pekerja kesatuan sekerja di Ko-Nelayan iaitu agensi kerajaan negeri Sabah dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah atau disebut sebagai Kesatuan Kakitangan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah.
SEJARAH PENUBUHAN
Sejarah awal penubuhan kesatuan ini diasaskan oleh pegawai dan kakitangan Ko-Nelayan yang bertugas di Ibu Pejabat Ko-Nelayan di Wisma Muis pada 21 Febuari 2000 melalui mesyuarat penubuhannya di Pejabat JuruAudit Ko-Nelayan.
Maka penubuhan KESKONS diteruskan denga Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Kesatuan Sekerja Ko-Nelayan pada 17 Oktober 2000 di Bilik Persidangan Ko-Nelayan dimana agendanya merangkumi penubuhan kesatuan sekerja, pengundiam dan perlantikan ahli jawatankuasa penaja. KESKONS didaftarkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 pada 23 Julai 2002 beserta dengan sijil perakuan pendaftaran bernombor S87.
OBJEKTIF
Mengorganisasikan KESKONS sebagai sebuah organisasi yang progresif dan proaktif serta mampu memperjuangkan kepentingan ahli KESKONS dan warga kerja Ko-Nelayan secara berikhtizam dan berkesan.
Berupaya menjadikan KESKONS sebagai wadah kepada warga kerja Ko-Nelayan, melindungi kepentingan berkaitan hal ehwal pekerja serta memimpin mengikut dasar kepimpingan melalui teladan dan profesionalisma.
Mengatur komunikasi di antara pekerja dengan majikan bagi mengekalkan perhubungan yang harmoni, meningkatkan kualiti kerja, memelihara imej Ko-Nelayan dan melaksanakan tugas sebagai pejawat awam.
Mengamalkan prinsip kepimpinan dengan cara bermesyuarah dalam menyelesaikan masalah melalui meja perundingan dengan organisasi.
MISI
Menjadikan KESKONS sebagai kesatuan sekerja yang unggul dan berkaliber.
PIAGAM KESKONS
Memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja Ko-Nelayan dengan adil dan telus.
Memertabatkan KESKONS agar lebih cemerlang dan mengimarahkan semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan kakitangan dengan lebih utuh supaya dapat bertindak dengan lebih proaktif dan releven.
KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH (KO-NELAYAN)
Aras 4, Block A, Wisma Pertanian, Jalan Tasik, Simpang Jalan Maktab Gaya,
Luyang, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: 088-294307 / 294327 Fax: 088-218897 E-mel: konelayan@sabah.gov.my
Hakcipta Terpelihara 2004-2007, Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Sabah | Paparan Terbaik dengan resolusi IE 800 x 600 dan keatas. PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.