|
|
|
|
|

Bahagian Pentadbiran
- pengurusan pentadbiran, pembangunan organisasi dan sumber manusia.
- pengurusan kewangan.
Bahagian Belia
-
melengkapkan belia dengan pelbagai latihan, kemahiran vokasional, 'soft skills', serta sifat-sifat keusahawanan agar mereka boleh berdikari melalui kursus secara formal dan 'ad-hoc'.
-
memberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya saing, maju serta mempunyai sikap dan kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Bahagian Perancangan Dan Pembangunan
-
mengkaji, merancang, merumus dan memperakukan halatuju pembangunan prasarana belia dan kemudahan sukan selaras dengan Rancangan Lima Tahun Malaysia dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah bagi memastikan pembangunan yang seimbang antara bahagian dan daerah.
-
merancang, memastikan dan memantau keperluan kewangan tahunan untuk maksud pembinaan dan penyelanggaran kemudahan dan prasarana tersedia agar perlaksanaan projek siap mengikut jadual dan berkualiti.
Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Dan Maklumat
-
mengendali, mengelola dan mengenalpasti keperluan latihan, kursus, ceramah, seminar dan bengkel untuk pegawai dan kakitangan kementerian dalam usaha untuk memperkayakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.
-
memelihara, menyelanggara dan mengemaskini perpustakaan, laman web, bahan cetak, gambar, kertas kerja, rencana dan laporan tahunan serta menyebar maklumat kepada pegawai dan kakitangan dan orang awam melalui pameran, media elektronik dan cetak serta risalah.
Bahagian Sukan
-
memperluaskan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan selaras dengan konsep "sukan untuk semua" dan Dasar Sukan Negara untuk mewujudkan masyarakat sihat, cergas dan bersatupadu.
-
bertanggungjawab untuk menggalak, membangun dan meningkatkan pencapaian cemerlang dan sukan yang di pertandingan di peringkat tertinggi untuk menaikkan imej negeri dan negara.
|
|