 |
PROGRAM
OBS (TEAMBUILDING) |
|
| Bermula
28 April sehingga 30 April 2008, Program OBS telah diadakan di Kinarut
dengan penyertaan peserta seramai lebih 30 orang (KBSS, MSNS dan LSNS).
Selama 3 hari 2 malam berkampung di Kinarut, pelbagai aktiviti
dijalankan seperti Flying fox, Rock Climbing, Camping dan pelbagai
aktiviti riadah yang mampu membina nilai-nilai positif diri. Tahniah
kepada semua peserta kerana menjayakan kursus ini dengan penuh
bersemangat. Tahniah...
.....Dipaparkan pada 5 Mei 2008 |
 |
MAJLIS
KONVOKESYEN JAHITAN 2007 |
|
| Pada
tarikh 6 Disember 2007, seramai 155 orang peserta telah berjaya menerima
sijil tamat kursus kelas jahitan yang di adakan di Pan Pasific Sutera
Harbour. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Brigadier jeneral Datuk
Liew Yun Fah. Kursus jahitan ini melibatkan 8 daerah dinegeri Sabah
iaitu Kota Kinabalu, Ranau, Papar, Kudat, Sipitang, Keningau, Tawau dan
Sandakan. Kursus ini telah berlangsung selama 10 bulan bagi setiap
daerah. Kemuncak Majlis Konvokesyen, Noorhayati Bin Ahmad telah dipilih
sebagai Pelatih Jahitan Cemerlang 2007 mewakili daerah Tawau. Manakala
Peserta Jahitan dan Peserta Jahitan Berpotensi 2007 masing-masing
dimenangi oleh peserta kota Kinabalu iaitu Nurfarahayu dan Jenny Jaimon.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
....Dipaparkan pada 10
November 2007 |
 |
KURSUS
SISTEM FAIL |
|
| Bermula
pada 19 November sehingga 21 November, Kementerian Belia dan Sukan Sabah
telah mengadakan Kursus Sistem Fail. OBjektif bagi kursus ini ialah
membantu para peserta supaya lebih memahami dan mamapu melaksanakan
sistem fail yang lebih teratur dan sistematik untuk rekod-rekod
Housekeeping. Kursus ini telah di hadiri oleh kakitangan Kementerian dan
staff dari Majlis Sukan Negeri Sabah. Jumlah keseluruhan peserta kursus
ini ialah seramai 15 orang. Penceramah bagi kursus ini ialah Pegawai
dari Jabatan Arkib Negeri Sabah. Sepanjang kursus dijalankan, para
peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan
Kumpulan B. Para peserta juga telah berkesampatan mengunjungi Arkib
Negeri bagi tujuan melihat bagaimana Sistem Fail yang diguna pakai oleh
Jabatan Arkib.
....Dipaparkan pada 22
November 2007 |