LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH

  Laman Utama Perutusan Latarbelakang Fungsi Bahagian
 
Alamat Perhubungan Berita Kalendar Aktiviti Galeri Foto Arkib
Pautan Borang      
 
PERUTUSAN MENTERI
 

YB. DATUK PETER PANG EN YIN

MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

Salam Mesra dan Salam Sejahtera

Saya selaku Menteri Belia dan Sukan Sabah yang baru, mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang dan selamat melayari Laman web Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal belia dan kemajuan sukan di Sabah, saya amat mengalu-alukan cadangan dan pandangan dari semua pihak untuk mempertingkatkan kualiti program dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kami kepada golongan sasar iaitu belia dan atlet. Dari itu, cadangan dan pandangan anda bolehlah disalurkan ke Laman web ini dengan menggunakan borang yang disediakan.

Dengan adanya hubungan dua hala diantara Kementerian dengan pelanggan, saya percaya dan yakin bahawa usaha Kementerian saya untuk melahirkan "belia perkasa" dan "atlet bertaraf dunia" menjelang tahun 2020 akan tercapai. Saya secara peribadi yang terlibat dengan pergerakan belia dan aktif dalam bidang sukan sejak usia muda sehingga kini berkeyakinan penuh bahawa hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui pembangunan belia dan sukan perlu diberikan sokongan oleh semua pihak.

Akhir sekali, saya mempelawa anda semua yang melayari Laman web Kementerian untuk memberi idea dan pandangan secara terbuka untuk  memantapkan perkhidmatan kami di Kementerian Belia dan Sukan Sabah. 

           Sekian Terima Kasih.

 

.......dipaparkan pada 25 Mac 2008

 

Kembali

 
Maklumbalas mengenai laman ini? Sila email kepada webmaster kbs@sabah.gov.my
Notis Penafian: Pihak Kementerian Belia Dan Sukan Sabah tidak akan betanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakkan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
Hakcipta oleh Kementerian Belia Dan Sukan Sabah