|
|
| KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH |
|
|
|
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung Laman Web Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Saya selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas belia dan sukan di negeri ini begitu mengambil berat atas perkembangan belia dan sukan di masa kini. Kementerian saya kini sedang merancang pelbagai program demi untuk melahirkan belia perkasa dan atlit bertaraf dunia di masa hadapan. Dalam kesempatan ini, saya ingin melahirkan rasa bangga saya bahawa Angkasawan Negara kita telah berjaya ke angkasa lepas. Kejayaan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bukan sahaja menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia amnya begitu juga dengan rakyat di negeri Sabah ini dan terlebih utama lagi belia negeri ini kerana Dr. Sheikh Muszaphar Shukor adalah merupakan seorang belia. Oleh yang demikian saya menyeru belia dan ahli Sukan di negeri ini mengambil iktibar dan contoh teladan kejayaan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai inspirasi untuk lebih berjaya di masa hadapan. Kesungguhan, pengorbanan dan tekad yang tinggi telah ditunjukkan oleh beliau demi mencapai kejayaan bukan sahaja buat diri beliau tetapi mendahulukan kepentingan Negara daripada kepentingan sendiri. Sikap inilah yang patut dicontohi oleh kita semua. Saya menyeru kepada belia negeri ini untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti berpersatuan dan sukarelawan. Penglibatan ini dapat menjauhkan mereka daripada kegiatan negatif serta membina modal insan berguna dalam diri mereka. Kegiatan sukarelawan akan dapat membentuk diri mereka menjadi insan baik, tabah, berdikari dan mempunyai jati diri yang kuat sebagaimana sukarelawan dari luar negara yang datang ke negeri ini semata-mata membuat kerja amal kebajikan. Selain itu, para belia juga perlu keluar melihat keadaan Negara luar bagi membolehkan mereka lebih berpengalaman dan berpandangan luas. Pada ahli sukan pula diseru agar meneruskan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk menaikkan nama negeri dan negara di sukan antarabangsa. Atlit masa kini perlu mengambil teladan atlit terdahulu yang sanggup mengorbankan masa, keringat, darah dan tulang empat kerat mereka semata-mata demi Negara tercinta. Mereka bukannya memburu harta dan kemewahan tetapi untuk menaikan martabat dan kehormatan kepada Negara tercinta. Selain itu, para atlit perlu sentiasa berdisiplin sama ada di dalam atau pun di luar gelanggang. Sikap sedemikian dapat memupuk disiplin diri dan menaikkan semangat serta jati diri para atlit untuk menyumbang tenaga dan bakti kepada Negara. Orang lain pun akan lebih segan dan hormat kepada kita jika kita sentiasa mengamalkan disiplin diri yang tinggi. Akhir kata, saya berharap para pengunjung akan mendapat manfaat melalui Laman web ini dan ucapan terima kasih saya ucapkan atas kesudian para pengunjung melayari Laman web ini.
|
|
|
Maklumbalas mengenai laman ini?
Sila Notis Penafian: Pihak Kementerian Belia dan Sukan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman web ini. |
|
Hakcipta oleh Kementerian Belia & Sukan Sabah |