Utama

Kenapa anda perlu bersama kami?

Tempat-Tempat Menarik

Asrama Kinabalu terletak di tengah-tengah Kompleks Sukan Kota Kinabalu yang lengkapi dengan prasarana sukan yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Asrama ini merupakan antara yang terbesar di Malaysia.

Asrama ini menyediakan tiga ketegori penginapan seperti berikut :

  • Dormitory;
  • Bilik Standard
  • Bilik Deluxe yang lengkap dengan penghawa dingin dan kamar mandi

Asrama ini menawarkan kadar sewa bilik penginapan yang berpatutan dan sesuai untuk famili, kumpulan, orang perseorangan, atlet-atlet sukan, pegawai-pegawai kerajaan dan pelancong-pelancong. Malah ianya juga merupakan tempat yang sesuai kepada mereka yang ingin mencari penginapan yang serba sederhana harganya.

Asrama ini juga menyediakan bilik-bilik seminar/mesyuarat dan kami menyediakan pakej penginapan termasuk makan/minum dengan kadar yang istimewa kepada acara-acara seminar/kursus atau acara lain yang berkaitan. Sri Melaka Café mampu memuatkan lebih kurang 500 orang pada satu masa memandangkan ruangnya yang besar dan selesa.

Asrama ini dikelilingi dengan kemudahan-

    Bagaimana menuju ke sana?
  • Teksi dari lapangan terbang
  • Bus bandaraya yang menuju ke Kompleks Sukan Kota Kinabalu
View Big KH Map
Peta lokasi Asrama Kinabalu
kemudahan sukan. Para penginap berpeluang untuk beriadah seperti berenang, bermain tenis, badminton, bermain bola, jogging dan sebagainya dengan kadar yang istimewa.

Asrama ini berhampiran dengan tempat-tempat menarik seperti Wild Life Bird Sanctuary, Golf Driving Range, Kompleks beli belah Likas Square, Menara Tun Mustapha, Universiti Malaysia, Likas Plaza dan Damai Plaza. Pengangkutan awam seperti perkhidmatan teksi dan bas tidak menjadi masalah dan Bandaraya Kota Kinabalu hanya sejauh 3 KM dari sini.

Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda!!!.