-A A +A

Perutusan Menteri

PERUTUSAN TAHUN BARU 2014 MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh/ Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Di kesempatan ini saya ini mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua warga negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang menjejakkan kaki ke tahun 2014. Diharap pada tahun baru ini akan membawa kebaikan kepada kita semua disamping memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

Bagi Kementerian saya, tahun 2014 akan menyaksikan program belia yang dilihat dapat menaikkan jatidiri para belia di samping meningkatkan kemahiran dan keusahawanan para belia agar dapat bersaing di menempah tempat di ruang pekerjaan dan juga perniagaan yang mereka ceburi nanti.

Bagi pembangunan sukan, Kementerian saya akan menumpukan terhadap Program berbentuk Sukan Massa dan Sukan Berprestasi Tinggi. Program Sukan Massa dilaksanakan untuk melibatkan masyarakat berbudaya sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing (healthy life style). Program-program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Negeri dan Persekutuan serta sektor Swasta dan juga NGO. Program-program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kesukanan.

Disamping itu juga, pihak Kementerian dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri akan terus menganjurkan sukan diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa di Negeri Sabah. Ini adalah bertujuan untuk meninggikan mutu sukan di Negeri Sabah khasnya dan Malaysia amnya.

Pelancongan adalah diantara penyumbang kepada ekonomi Sabah. Kementerian saya juga secara tidak langsung akan menggalakkan sektor ‘sports tourism’ dimana banyak penganjuran Sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa akan membawa pelancong dalam dan luar negara untuk datang ke negeri ini sekaligus meningkatkan industri sukan dan juga untuk menaikkan imej di Negeri dan Negara di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Sukan-sukan Minoriti, Sukan Tradisional dan Sukan Permotoran serta Sukan Lasak tidak akan dilupakan dan akan terus dilaksanakan pada tahun 2014 seperti Sukan Tradisi iaitu tarik tali dan Sukan Rakyat iaitu gasing dan juga sukan sukan tradisi yang lain.

Tumpuan utama Kementerian saya serta agensi pada tahun 2014 ialah persediaan atlet dan penyertaan Negeri Sabah ke SUKMA XVII Perlis 2014 yang akan diadakan pada 24 Mei hingga 3 Jun 2014 di Perlis serta Sukan BIMP-EAGA yang akan diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi memastikan peningkatan terhadap kualiti atlet, Pembangunan Modal Insan seperti Pembangunan Kejurulatihan dan Kepegawaian, Pegawai Teknikal dan Pengurusan akan turut diberi perhatian. Disamping itu juga, program-program pembangunan atlet, seperti mengenalpasti bakat (TID) akan terus dilaksanakan di peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri dengan kerjasama Persatuan Sukan Negeri.

Pembangunan Infrastruktur sukan penting dalam peningkatan mutu sukan berprestasi tinggi negeri ini disamping dapat menggalakkan orang ramai untuk beriadah. Disebabkan itu, bagi tahun 2014 ini  pihak Kementerian akan terus membina kemudahan dan infrastruktur sukan di peringkat Daerah dan Bahagian demi untuk menggalakkan masyarakat akar umbi melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

Diharap dengan peningkatan program belia dan sukan pada tahun 2014 ini dapat menaikkan mutu sukan dan juga dapat memerkasakan belia selaku pewaris negeri yang kita cintai ini.

Sekian, terima kasih.

 

2014-04-23 15:24

Sebarang maklum balas berkenaan laman ini boleh diemelkan kepada webmaster atau isikan borang maklum balas.

Hakcipta terpelihara © Kementerian Belia Dan Sukan Sabah