LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH

 
        Program Pemimpin Bersama Belia Akar Umbi di Keningau
 

 
Program Pemimpin Bersama Belia Akar Umbi daerah Keningau telah diadakan pada 20 Mac 2009. Program sehari bersama YB Datuk Jahid Jahim Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah telah diisi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ceramah keusahawan, Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan YB Datuk Jahid Jahim dan Pasukan Belia Keningau dan Majlis Makan Malam bersama YB Datk Jahid Jahim.
Seramai 100 orang belia yang mewakil persatuan-persatuan belia dari daerah Keningau mengikuti program tersebut.

Program sehari tersebut dimulakan dengan ceramah Keusahawan yang disampaikan oleh Tuan Haji  Ramley Alan, Pengurus Besar SEDCOVEST  Sdn.Berhad. di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Daerah Keningau. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Jahid Jahim pada jam 2.30 petang. Turut hadir sepanjang Program tersebut ialah YM Datu Rosmadi Datu Sulai, Timbalan Setiausaha Tetap 1, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah bersama beberapa pegawai kanan Kementerian.

Perlawanan  Bola Sepak Persahabatan antara Pasukan YB Datuk Jahid Jahim dengan Pasukan Belia Keningau telah diadakan pada petang yang sama jam 4.30 petang di Padang Kompleks Sukan Keningau. Pasukan  YB tewas dengan mata 6 - 0.

Program Pemimpin bersama belia akar umbi diakhiri dengan Majlis Ramah Mesra yang berlansung di Hotel Juta Keningau. Dalam Majlis tersebut YB Datuk Jahid Jahim menyampaikan Sijil Penyertaan  kepada Peserta dan Sijil Penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa yang telah melaksanakan Program  Pemimpin bersama Persatuan Akar Umbi dengan jayanya.

Gambar-gambar sekitar Majlis tersebut.

 

 

 
 
Kembali
 
Maklumbalas mengenai laman ini? Sila email kepada webmaster kbs@sabah.gov.my
Notis Penafian: Pihak Kementerian Belia Dan Sukan Sabah tidak akan betanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakkan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
Hakcipta oleh Kementerian Belia Dan Sukan Sabah