LAMAN WEB RASMI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH

 

LAWATAN KERJA PEMBANTU MENTERI BELIA DAN SUKAN SABAH KE PROJEK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR   
RALEIGH BORNEO DI IMBAK KANYON, TONGOD SANDAKAN.
 

YB Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah bersama  rombongan telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Infrastruktur  di Imbak Kanyon yang di laksanakan oleh seramai 12 orang sukarelawan Raleigh Borneo 09B.  Rombongan yang bertolak daripada Kota Kinabalu pada 6 April telah disertai oleh YB Encik Masiung Banah wakil rakyat N47 Kuamut, Encik Daudi Goroh Pegawai Daerah Tongod, Encik Barnabas G Pegawai Perhutanan Sandakan , Sjn Mohamad Jamaludin Abdul Shukor dari pejabat Polis Tongod

Dalam perjalanan ke Imbak YB Datuk Jahid Jahim singgah ke Pejabat Kementerian Belia Dan Sukan Tongod untuk meninjau  kesan akibat angin kuat yang berlaku di Tongod pada 4 April 2009.

Rombongan bertolak kembali ke Kota Kinabalu pada 9 April 2009. Terima Kasih kepada Yayasan Sabah, Jabatan Perhutanan Sandakan, Pejabat Daerah Tongod, Polis Tongod,  Kem ICC dan MFC kerana telah membantu menjayakan lawatan kerja YB Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah.

 

 

 
 

Kembali

 
Maklumbalas mengenai laman ini? Sila email kepada webmaster kbs@sabah.gov.my
Notis Penafian: Pihak Kementerian Belia Dan Sukan Sabah tidak akan betanggungjawab terhadap kerugian atau kerosakkan yang dialami disebabkan penggunaan maklumat yang terdapat didalam laman web ini.
Hakcipta oleh Kementerian Belia Dan Sukan Sabah