|
Buletin Bulanan JPSM
JPSM
terus komited untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat Sabah
melalui Kursus Latihan Kemahiran
 |
Seramai 40 orang peserta Kursus Menjahit Pakaian Lelaki dan
Wanita ( 20 peserta anjuran JPSM dan 20 peserta anjuran
bersama Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) ) sedang
menjalani latihan di bawah kendalian Akademi Mellia sebagai
penyedia latihan bagi daerah Tawau. Program anjuran bersama
JPSM & JPPS akan tamat pada 5 Oktober 2006. Beberapa kemudahan
semasa berkursus termasuk makan minum dan penginapan adalah
ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Berita
penuh |
Mengkulturan Rumpai Laut Menarik Minat Belia Sabah
 |
Usaha kerajaan untuk membangunkan industri yang memerlukan
penglibatan golongan belia dalam bidang pengkulturan rumpai
laut telah mendapat sambutan baik apabila seramai 20 orang
belia golongan miskin telah mengikuti Kursus Mengkulturan
Rumpai Laut yang telah diadakan sebanyak 4 sesi pembelajaran
di Tapak Pengkulturan Rumpai Laut, Inno Fisheries Sdn. Bhd di
Perairan Kerindingan, Semporna, bermula pada 3 Julai lalu.
Berita
penuh |
38,051
graduan mendapat faedah skim ini diperingkat nasional
 |
Skim Latihan Graduan (SLG) yang telah dilancarkan sejak tahun
2001 dengan pembiayaan lebih kurang RM240 juta.
Sejak dilancarkan pada 25 November 2001 sehingga 22 Ogos 2006,
seramai 38,051 graduan mendapat faedah skim ini diperingkat
nasional. Graduan dari Sabah yang menyertai skim ini sehingga
22 Ogos 2006 ialah seramai 3,844 orang graduan, iaitu 540
graduan dalam SLG-1; 1,513 graduan dalam SLG-2, dan 1,791
graduan dalam SLG-3.
Berita
penuh. |
1.85 juta pekerja asing berkerja di Malaysia
 |
Ada beberapa pendapat kedengaran tentang negara Malaysia
sebagai "Surga Pekerjaan", maka tidak hairanlah angka
sebanyak 1.85 juta pekerja asing bekerja di Malaysia secara
sah. Angka ini tidak termasuk pekerja yang masuk ke negara ini
secara tidak sah.Berita
penuh.. |
Latihan Pengkhususan Berpusat Latihan Jangka Pendek Jalinan
Ribu-Ribu
 |
Seramai 23 orang peserta kursus dari Kudat, Ranau, Kota Belud,
Tamparuli dan Kota Kinabalu sedang menjalani latihan
Pengkhususan Berpusat Latihan Jangka Pendek Jalinan Ribu-Ribu
anjuran bersama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan
Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPS) dengan Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, bermula 21 Ogos &
berakhir 01 September 2006, bertempat di Pejabat PKTCS, Blok
A, 1 & 2 Lorong Buah Salak, Hiong Tiong Industrial Centre,
Inanam Kota Kinabalu.Berita
penuh |
|