Info-korporat: Sekapur sirih | Pengenalan | Pengurusan Pentadbiran | Info-semasa | Berita | Emel-tel | Video | Arkib

Latar Belakang

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia atau ringkasnya JPSM  yang sebelum ini dikenali Biro Pembangunan Sumber Manusia (BPSM) telah ditubuhkan pada 01 Julai  1988  melalui Kertas Kabinet Negeri Sabah Bilangan 5 Tahun 1988 bertarikh 10 Februari 1988 dan Surat Pekeliling Jabatan Ketua Menteri Rujukan CC107/439 Jld. 2/2 bertarikh 27 Julai 1988.

Pada dasarnya penubuhan BPSM adalah hasil pengabungan dua agensi kerajaan negeri iaitu Institut Tadbiran dan Penyelidikan Awam Sabah (SINAR) dan Unit Perancangan dan Pembangunan Tenaga Rakayat (UPPTR). BPSM kemudian diletakkan di bawah portfolio Kementerian Pembangunan Sumber dan Perusahaan Negeri Sabah pada 01 Januari 1996.

Atas keperluan semasa, pada 01 Jun 1999, BPSM diberi taraf jabatan dan diberi nama sebagai Jabatan Pembangunan Sumber Manusia melalui surut Rujukan JKM( R ) 100-52/5 Jld. 17 (97) bertarikh 16 Jun 1999 dan Kertas Kabinet Negeri Sabah No. 15/99. Ketika ini, JPSM telah diletakkan di bawah porfolio Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah.

Kuasa-kuasa eksekutif JPSM adalah dilaksanakan oleh pihak pengurusan yang diketuai oleh seorang Pengarah JPSM, sementara secara khususnya pelanggan JPSM dalam konteks definisi JPSM ialah semua pelatih dan perserta kursus JPSM, belia-beliawanis, orang ramai, dan anggota JPSM sendiri (Manual Kualiti  MK.JPSM-02)

Visi

Menjadi salah sebuah institusi pembangunan sumber manusia terbaik di negeri Sabah  menjelang tahun 2020

Misi

Menyediakan sumber manusia yang berpengetahuan dalam pelbagai bidang kemahiran bagi memenuhi kehendak industri semasa selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

Plan Strategik

bullet

Mewujudkan Program Latihan Bersepadu di Institusi  JPSM.

bullet

Mempelbagai dan meningkatkan kualiti program latihan JPSM

bullet

Mewujudkan jaringan kerjasama dengan institusi-institusi latihan khususnya kepada penyedia latihan bagi melaksanakan program-program latihan JPSM

bullet

Menyediakan tenaga pengajar atau fasilitator JPSM yang pakar dalam bidang  masing-masing.

bullet

Mewujudkan sumber manusia yang mampan.

bullet

Menyebar maklumat peluang-peluang pekerjaan dan latihan .

bullet

Mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran yang mendukung  kepada pembangunan organisasi dan program latihan JPSM.

bullet

Memperkukuhkan penyelidikan yang boleh mendukung kerelevensi dan keberkesanan pelaksanaan program  latihan  JPSM.

bullet

Penyediaan Perancangan Belanjawan yang cekap dan berkesan.

Dasar Kualiti

bullet

Pengurusan JPSM beriltizam untuk menjadikan JPSM salah sebuah institusi latihan yang terbaik bagi memenuhi keperluan pelanggannya berdasarkan Sistem Pengurusan MS ISO 9001:2000 yang berkesan.

bullet

Pengurusan JPSM sentiasa komited dalam memberikan latihan yang berkualiti bagi memenuhi kehendak pelanggannya secara konsisten dan professional melalui pelaksanaan penambahbaikan yang berterusan.

Piagam Pelanggan

Kami berikrar untuk memberikan perkhidmatan latihan  yang terbaik secara konsisten kepada semua pelanggan melalui kaedah berikut:

bullet

Menyebarluaskan maklumat latihan teknik dan perdagangan dan tajaan kemahiran sekurang-kurangnya satu bulan sebelum program bermula;

bullet

Memberi maklumbalas status permohonan calon latihan teknik dan perdagangan dan tajaan kemahiran dengan kadar segera;

bullet

Memilih pelatih program latihan teknik dan perdagangan dan tajaan kemahiran dengan saksama;

bullet

Memberikan khidmat bimbingan kerjaya dengan cekap dan berkesan;

bullet

Menyampaikan perkhidmatan latihan dan bimbingan kerjaya dengan sopan dan mesra; dan

bullet

Membudayakan kod etika JPSM dalam melaksanakan semua urusan harian.

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah. Copyright © 2007 JPSM Inc. All rights reserved. Certification ISO 9001: 2000 by Lloyd's RQA