Pembangunan laman ini diharap
dapat memenuhi aspirasi para pelanggan kami, terutama bagi mereka yang
cenderung mencari maklumat melalui perantaraan teknologi ICT. Media
ini sebenarnya selari dengan agenda negara yang menggalakkan setiap
agensi kerajaan menggunakan teknologi ICT, bukan sahaja sebagai
alternatif tambahan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat di
kalangan masyarakat Malaysia tetapi merupakan kaunter hadapan bagi
pencarian maklumat terkini tentang jabatan ini .
Antara kandungan penting yang berkepentingan kepada pelanggan kami adalah
maklumat latihan atau kursus termasuk lain-lain kegiatan dan aktiviti semasa
jabatan ini.
Kepada pengunjung laman web ini
diharap mendapat informasi yang tepat, cepat dan terkini tentang
jabatan kami. Adalah diharapkan media ini menjadi saluran yang
informatif dan berkesan dalam menyampaikan mesej JPSM kepada semua
pelanggan khususnya rakyat negeri Sabah.
Sekian dan selamat melayari laman web JPSM