PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA
Golongan orang kurang upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekataan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU.
Definisi
Termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.” ( AKTA OKU 2008 )
OBJEKTIF PENDAFTARAN
- Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di Negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan.
- Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
- Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian/ketidakupayaan mereka.
KATEGORI ORANG KURANG UPAYA
Terdapat 7 kategori yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah seperti berikut:-1.
1. KURANG UPAYA PENDENGARAN
OKU Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran.
– Garis Panduan Pandaftaran OKU Edisi Kedua berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
2. KURANG UPAYA PENGLIHATAN
OKU Penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.
- Garis Panduan Pandaftaran OKU Edisi Kedua berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010.
3. KURANG UPAYA PERTUTURAN
OKU pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, sila rujuk Pakar Otorinolaringologi.
4. KURANG UPAYA FIZIKAL
OKU Fizikal bermaksud ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tidak ada suatu anggota atau ketidakupayaan di mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidak fungsian system saraf, kardiovaskular, respiratori, hermatologi, imunologi hepatobiliari, muskuloskular, ginekologi dan lain-lain. Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnyas kehilangan jari, mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.
5. MASALAH PEMBELAJARAN
Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lewat perkembangan global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autism (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disoder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).
6. KURANG UPAYA MENTAL
OKU Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berupaya berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disoder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disoder (depression, bipolar) dan other Psychotic Disoder seperti Schizoaffective Disoder dan Persistent Delusional Disorders.
- Mereka mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya 2 tahun
- Pakar Psikiatri akan menentukan tahap kefungsian social, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU.
7. KURANG UPAYA PELBAGAI
OKU Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori 1 hingga 6.
KAD OKU PELBAGAI WARNA MENGIKUT KATEGORI OKU
 |
 |
OKU PERTUTURAN |
OKU PELBAGAI |
 |
 |
MASALAH PEMBELAJARAN |
OKU FIZIKAL |

|
 |
OKU PENGLIHATAN |
OKU PENDENGARAN |
 |
|
| OKU MENTAL |
|
Kad Orang Kurang Upaya hanya dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya yang Berwarganegara Malaysia sahaja.
Dokumen Yang Diperlukan
- 1 salinan Sijil Lahir atau My Kad pemohon[Perlu disahkan oleh Pegawai Pendaftaran Negara
- 1 salinan My Kad Ibu Bapa pemohon [Perlu disah oleh Pegawai Pendaftaran Negara
- 3 keping gambar pemohon berukuran Kad Pengenalan
- Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Kurang Upaya (0-18 Tahun) BPKKKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ineri percuma.
- Borang Pendaftaraan Orang Kurang Upaya (18 tahun ke atas) BPOKU (Pindaan 1/2009) yang telah lengkap di isi. Borang ini diberi percuma. Sila klik sini untuk muat turun borang.
- Siasatan dan tindakan selanjutnya dilakukan oleh Pegawai Kebajikan yang berkenan.
Tempat Pendaftaran
Sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah di Bahagian/Daerah yang berhampiran.
Keistimewaan Kepada Orang Kurang Upaya Yang Telah Berdaftar Dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
- Pengecualian bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan termasuk bayaran khidmat pakar, ubat-ubatan dan kemasukan ke wad kelas 3
- Potongan 50% tambang penerbangan (Domestik) sistem Penerbangan Malaysia bagi OKU dan 25% bagi pengiring
- Pengecualian bayaran dokumen [Paspot Antarabangsa ] perjalanan ke luar Negara (Jabatan Imigresen Malaysia)
- Peluang mengikuti latihan dan pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia
- Peluang untuk mendapatkan pendidikan dengan Elaun RM150.00 sebulan bagi Pelajar OKU di Sekolah Rendah atau Menengah
- Pengecualian bayaran Pendaftaran Pelajar Pekak bagi Latihan Kemahiran Kementerian Pelajaran, Elaun RM300 sebulan bagi IPT, 75% potongan yuran pengajian di Open Universiti Malaysia
- Pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia
- Peluang pekerjaan di sektor swasta yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja
- Pencen Terbitan dan Waktu Bekerja Anjal yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Awam
- Pakej penyayang Syarikat Telekom Malaysia yang memberi pengecualian bayaran sewa telefon bulanan, pakej panggilan 103(Operator) percuma, panggilan pindaan menunggu / dail semula dan pakej khas Streamyx.
- Pelepasan Cukai Pendapatan untuk ibu / bapa /penjaga yang bekerja.
- Pengecualian Cukai Jalan bagi kenderaan yang dimiliki oleh OKU [Jabatan Pengangkutan Jalan]
- Pengecualian 50% Duti Eksais Kenderaan Nastional sahaja [ Jabatan Kastam Malaysia]
- Pengecualian bayaran untuk mendapatkan Kad Pengenalan [Jabatan Pendaftaran Negara]
|