Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah telah ditubuhkan pada tahun 1967. Wujudnya Jabatan ini adalah hasil daripada satu laporan yang dikenali dengan nama Laporan Suruhanjaya Antara Kerajaan (Inter Governmental Committee - I.G.C), yang antara lain memperuntukkan pembahagian tanggungjawab di antara Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan
Jabatan ini adalah merupakan sebuah Jabatan yang ditubuhkan di atas dasar 'concurrent', di mana pengarahnya bukan sahaja dipertanggungjawabkan terhadap Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna tetapi juga kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Perkhidmatan-perkhidmatan yang dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.
Selain daripada itu, Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah juga dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah.
Sejarah
Jabatan ini pada awalnya adalah merupakan sebahagian daripada jabatan yang bersatu dengan Jabatan Buruh. Di ketika itu segala perkara yang ada hubungkaitnya dengan perkhidmatan adalah menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya Buruh dan Kebajikan Masyarakat Borneo Utara [The North Borneo Labour and Welfare Commissioner]. Sesudah itu Borneo Utara dikenali sebagai Sabah
Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah yang pertama semenjak pengasingannya pada tahun 1967 terletak di satu unit pejabat di Bangunan Norsmal Court, Kota Kinabalu dan setelah beberapa kali berpindah, akhirnya pada tahun 1983 Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah ditempatkan di Wisma Kebajikan, Sembulan, Kota Kinabalu sehinggalah ke hari ini. Wisma Kebajikan adalah merupakan bangunan kepunyaan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah.

Pejabat lama jabatan
Pada awal penubuhannya, jabatan hanya mempunyai 3 Pejabat Kebajikan Daerah, 3 Rumah Wargatua dan Ibu Pejabat. Ketika itu jumlah kakitangan jabatan adalah seramai 22 orang sahaja.
Visi
Ke arah pendayaupayaan individu, keluarga dan masyarakat
Misi
Mempertingkatkan kesejahteraan dan pembangunan masyarakat
Objektif
- Mewujud masyarakat yang mengamalkan budaya ikram selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
- Melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersatu melalui perkongsian tanggungjawab dan penyampaian perkhidmatan pembangunan sosial yang cekap dan berkesan
- Memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar jabatan
- Membangunkan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari
Strategi
- Memudahkan proses kerja perkhidmatan jabatan yang diberikan dengan cepat, cekap dan berkesan
- Memastikan aspek sosial diintegrasikan dalam perancangan dan pelaksanaan program ke arah mencapai pembangunan sosial ekonomi yang seimbang
- Mempertingkatkan keupayaan dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian program-program pembangunan sosial di peringkat negeri
- Mempertingkatkan perkongsian bijak melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan
- Memantap dan mengerakkan organisasi diperingkat akar umbi
- Menguruskan pelaksanaan perkhidmatan melalui penggunaan sumber-sumber termasuk sumber manusia , teknologi maklumat dan pengurusan kewangan yang cekap, berhemah dan beramanah
- Menggalakkan penyertaan kesukarelaan di kalangan individu, sektor korporat dan badan bukan kerajaan dalam usaha memenuhi keperluan komunit.
Kumpulan sasar
- Kanak-kanak
- Warga Tua
- Orang Kurang Upaya
- Mangsa Bencana
- Keluarga
- Pertubuhan Sukarela
- Orang Papa
|