Terdapat 2 cara untuk memohon pengangkatan anak iaitu :
1) Pengangkatan Anak Melalui Mahkamah Tinggi
- Berdasarkan Ordinan Pengangkatan 1960 dan Peraturan Pengangkatan 1961
- Mula berkuatkuasa pada 1 November 1961
- Selepas pengangkatan anak melalui Mahkamah Tinggi Syariah diperkenalkan, ordinan ini hanya terpakai bagi pemohon dan kanak-kanak yang bukan beragama Islam sahaja.
- Pengarah jabatan ini dilantik sebagai “Guardian ad-litem” kepada kanak-kanak yang diangkat.
- Kanak-kanak merujuk kepada orang yang berumur di bawah 21 tahun tetapi tidak termasuk yang telah berkahwin atau yang sedang berkahwin.
Syarat Dan Kelayakan Permohonan
- Pemohon hendaklah telah mencapai umur 25 tahun atau sekurang-kurangnya 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak; atau
- Telah mencapai umur 21 tahun dan merupakan saudara kepada kanak-kanak; atau
- Ibu atau bapa kepada kanak-kanak
- Kanak-kanak perempuan tidak boleh diangkat oleh seorang pemohon lelaki tunggal dan begitu juga sebaliknya bagi kanak-kanak lelaki.
- Pemohon dan kanak-kanak hendaklah bermastautin di Negeri Sabah.
- Kanak-kanak telah berada di bawah jagaan dan pengawasan pemohon secara berterusan selama satu tempoh sekurang-kurangnya tiga(3) bulan berturut-turut sebelum tarikh perintah itu dibuat .
Cara Memohon
- Pemohon menghantar notis niat kepada Pengarah jabatan ini.
- Jabatan akan menyemak permohonan dan sekiranya memenuhi syarat, surat pengesahan notis niat akan dihantar kepada pemohon untuk membolehkan pemohon memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi.
- Pemohon memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi melalui peguam yang dilantik atau Biro Bantuan Guaman.
2) Pengangkatan Anak Melalui Mahkamah Tinggi Syariah
- Berdasarkan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah No.6 Tahun 2004
- Berkuatkuasa pada 01 Jun 2005
- Terpakai kepada pemohon yang beragama Islam sahaja.
Syarat dan Kelayakan Permohonan
- Mestilah beragama Islam; dan
- Hendaklah telah mencapai umur 25 tahun; jika belum, hendaklah 21 tahun lebih tua daripada kanak-kanak itu; atau
- Jika pemohon adalah ahli keluarga kanak-kanak itu, dia hendaklah telah mencapai umur 21 tahun melainkan pemohon itu adalah bapa luar nikah kepada kanak-kanak itu maka dia hendaklah telah mencapai umur 18 tahun; dan
- Hendaklah seorang warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah dan mempunyai pertalian dengan penduduk Sabah melalui ikatan perkahwinan; dan
- Mahkamah berpuashati bahawa dia mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menyara dan menjaga kebajikan kanak-kanak itu dan bahawa permohonannya itu tidak akan menjejaskan kebajikan atau taraf hidup tanggungannya yang sedia ada.
Pasangan tanpa zuriat layak membuat permohonan
- Mana-mana pasangan yang tidak mempunyai zuriat layak untuk memohon pengangkatan seorang kanak-kanak tetapi hendaklah mendapat pengesahan doktor pakar bahawa ia adalah disebabkan oleh faktor kesihatan atau perkahwinan di usia lanjut selain wajib memenuhi syarat-syarat di atas.
Permohonan Oleh lelaki dan wanita tunggal perlukan justifikasi
- Lelaki dan wanita tunggal tidak layak memohon pengangkatan seorang kanak-kanak melainkan dapat memberikan suatu justifikasi memuaskan kepada mahkamah mengenai perlunya permohonan itu dibuat dan bahawasanya pengangkatan tersebut tidak akan membawa kemudharatan kepada kanak-kanak itu
- Permohonan sedemikian hendaklah tertakluk bahawa pemohon juga telah memenuhi syarat-syarat di atas
Syarat Dan Kelayakan Kanak-kanak Yang Hendak Diangkat
- Hendaklah berumur tidak melebihi 18 tahun dan belum berkahwin; dan
- Hendaklah memiliki sijil kelahiran Malaysia yang sah; dan
- Hendaklah telah berada dibawah jagaan pemohon secara berterusan selama tiga(3) bulan sebelum tarikh permohonan dibuat di Mahkamah; dan
- Hendaklah merupakan seorang warganegara Malaysia; atau
- Hendaklah ibu kandung kanak-kanak itu mempunyai satu bukti pemastautin tetap yang sah sebelum kelahirannya jika ibu kandungnya merupakan seorang pemastautin tetap Negeri Sabah; atau
- hendaklah kedua ibu bapa kandung kanak-kanak itu mempunyai satu bukti perkahwinan yang sah jika bapa kandung kanak-kanak itu seorang warganegara Malaysia atau pemastautin tetap Negeri Sabah manakala ibu kandungnya pula seorang warga asing; atau
- hendaklah merupakan seorang kanak-kanak yang belum ditentukan status kerakyatannya
Syarat yang di sebut diatas tidak terpakai bagi kanak-kanak atau bayi yang telah ditemui atau di buang tanpa diketahui asal usulnya ataupun yang berada di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah
|