Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Kaunseling

INTERVENSI KAUNSELING

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor mengikut kod etika kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri. Jenis-jenis Intervensi Kaunseling seperti berikut :

  • Kaunseling individu - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka diantara seorang kaunselor dengan seorang klien.
  • Kaunseling Kelompok - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang atau lebih dengan beberapa orang klien.
  • Kaunseling Perkahwinan - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara kaunselor dengan pasangan suami isteri.
  • Kaunseling Keluarga - Satu proses perhubungan menolong secara bersemuka antara seorang kaunselor atau lebih dengan klien bersama ahli keluarga klien.
  • E -Kaunseling / Tele Kaunseling - Satu bentuk perhubungan menolong secara tidak bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien.

UJIAN PENAKSIRAN PSIKOLOGI

Merupakan satu kaedah pengukuran untuk melihat dan mengenalpasti ciri-ciri  psokologikal seperti tret personaliti, kompetensi, konsep kendiri, tahap stress, kemurungan, komunikasi dan lain-lain.

ADVOKASI DAN"OUTREACH"

Merupakan program kepada komuniti yang berisiko.

INTERVENSI PENDIDIKAN

Merupakan pendekatan yang memberi fokus kepada situasi kritikal dengan memberi perhatian serta merta kepada peristiwa tersebut seperti keganasam rumah tangga, perceraian, pergaduhan, konflik, bencana alam (banjir, Tshunami, tanah runtuh dan lain-lain) dan lain-lain.

PROGRAM PSIKOPENDIDIKAN

Merupakan program yang menekankan aspek pertumbuhan, perkembangan dan pencegahan. Antara program-program yang dilaksanakan ialah kebolehan daya tindak (coping ability), pengurusan marah, pengurusan stress, pengurusan masa, analisa pembuatan keputusan, pengurusan kebimbangan, pengurusan kewangan, kemahiran keibubapaan, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pembimbing Rakan Masyarakat (PERAMA) dan lain-lain.

PERKHIDMATAN KONSULTANSI

Menyediakan perkhidmatan konsultansi psikologi kepada kumpulan sasar dan kakitangan jabatan.

BENGKEL INTERAKTIF

Merupakan peruntukan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 yang mewajibkan kehadiran ibu/ bapa/ penjaga dan anak mereka menjalani program intervensi yang ditetapkan. Intervensi ini bertujuan memperbaiki kefungsian keluarga. Melalui intervensi tersebut, keluarga akan mempelajari kaedah mengenalpasti permasalahan, menyelesaikan masalah serta menggunakan pendidikan dan pengetahuan terbaik menguruskan sistem kekeluargaan mereka.

PROGRAM PENGUPAYAAN KENDIRI KAKITANGAN

Merupakan satu program pengurusan sumber manusia sektor awam yang diwujudkan berdasarkan Pekhidmatan Awam Bil. 18 Tahun 2005. Antara program-program yang dilaksanakan ialah ujian penaksiran psikologi, pengurusan stress, pengurusan emosi (EQ), Pembimbing Rakan Sekerja, Retreat Kaunseling Kelompok dan lain-lain.

PENINGKATAN KUALITI PERKHIDMATAN

  1. Mengadakan kerjasama kesepakaran dengan IPTA dalam bidang perkhidmatan kaunseling.
  2. Mengadakan penyelidikan berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling.

KUMPULAN SASAR

Sesiapa sahaja yang tersenarai di dalam golongan sasar jabtan layak untuk mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling iaitu :

  • Kanak-kanak (Mengikut tafsiran Akta Kanak-Kanak 2001 - individu berumur kurang daripada 18 tahun).
  • Orang Kurang Upaya.
  • Warga Tua (Individu berumur 60 tahun ke atas).
  • Orang Papa (Mengikut tafsiran Akta Orang Papa 1977).
  • Keluarga (Wanita dan gadis, Ibu/ Bapa tunggal, Mangsa keganasan rumah tangga, Orang miskin dan mereka yang mempunyai masalah).
  • Mangsa Bencana
  • Pertubuhan Badan Sukarela

CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

Cara bagi mendapatkan perkhidmatan kaunseling :-

  • Datang ke pejabat Kebajikan yang berhampiran
  • Telefon
  • Surat
  • Faks
  • E-mail
  • Rujukan

Sila klik untuk senarai kaunselor jabatan ini.

Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.