Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Perintah Khidmat Masyarakat
Kumpulan Sasar

Pesalah Muda yang berumur 18 tahun ke atas dan di bawah umur 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.

Tujuan Perintah Khidmat Masyarakat

  1. Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.

  2. Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut :


    • Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.

    • Pemulihan - dengan meransang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda

    • Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.

Tempat Pesalah Muda Boleh Menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat

Para pesalah muda yang diperintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 47 buah institusi telah dikenalpasti di seluruh Negara.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Semasa Menjalani Perintah Khidmat Masyarakat
Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, 'housekeeping', penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.

Institusi Penempatan Pesalah Muda di Negeri Sabah

  1. Rumah Kanak-kanak Kota Kinabalu
  2. Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut
  3. Rumah Warga Tua Sandakan
  4. Rumah Warga Tua Air Panas Tawau
  5. Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sembulan
  6. Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sandakan
  7. Taman Didikan Kanak-kanak Kurang Upaya Sri Stella, Tawau
  8. Kompleks Pemulihan OKU Kimanis
Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.