Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Perkhidmatan Kepada Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

Akta ini telah mula berkuatkuasa pada 01 Jun 1996.

Akta ini mengambil pendekatan peruntukkan undang-undang jenayah

  • Kesalahan-kesalahan di bawah Akta ini adalah kesalahan yang ditafsirkan sebagai kesalahan JENAYAH di dalam KANUN KESEKSAAN
  • Akta ini bukan menggalakkan penceraian. Perintah perlindungan Interim (sementara) yang diperuntukkan merupakan  “COOLING- OFF PERIOD” kepada pasangan

 

Definisi Keganasan Rumah Tangga

  • sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan atau kecederaan fizikal;
  • mencederakan mangsa secara fizikal;
  • memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yg mana mangsa itu berhak tidak melakukannya;
  • mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa; dan
  • khianat atau merosakkan harta dengan niat menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.
 
Perintah Perlindungan Interim ( Seksyen 4 )
  • Apabila suatu maklumat berhubung dgn kesalahan keganasan rumahtangga di terima secara terus oleh Polis melalui Pegawai Kebajikan, maka Perintah Perlindungan Interim (IPO) boleh dikeluarkan oleh Mahkamah sementara menunggu pihak polis menjalankan penyiasatan mengenai kesalahan keganasan rumah tangga
  • Implikasi – untuk menghalang orang yang terhadapnya IPO dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap mangsa
  • Tempoh hayat IPO – IPO hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah pihak polis selesai menjalankan penyiasatan

Bagaimana  IPO  Boleh Diperolehi

  • Lapor dan dapatkan laporan polis;
  • Pihak polis akan merujuk kes pengadu kepada pihak kebajikan jika satu ‘kertas siasatan’ ( IP ) dibuka untuk kes keganasan yang dilapor;
  • Buat permohonan IPO di Mahkamah dengan dibantu oleh ‘Pegawai Penguatkuasa’ ( Pegawai Kebajikan Masyarakat)

Perintah Perlindungan (PO) (Seksyen 5 & 6 )

  • Perintah Perlindungan (PO) dikeluarkan oleh Mahkamah dlm prosiding dengan suatu aduan yang melibatkan keadaan yang termasuk dalam takrif “ keganasan rumah tangga
  • Implikasi ~ untuk menghalang orang yang terhadapnya PO dibuat daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap mangsa.
  • Mahkamah boleh memasukkan peruntukkan bahawa orang yang terhadapnya PO dibuat tidak boleh menghasut orang lain untuk melakukan keganasan terhadap orang yang dilindungi
  • Tempoh hayat perintah perlindungan ~ berkuatkuasa selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya perintah itu.
 

Penalti Jika Melanggar IPO/PO

  1. Sengaja melanggar IPO / PO:
    Denda – tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya
  2. Sengaja melanggar IPO / PO dengan menggunakan keganasan ke atas orang yang dilindungi:  
    Denda – tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya
  3. Pelanggaran kali kedua:
    Denda – Penjara tidak kurang daripada 72 jam dan tidak melebihi 2 tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat

  • Pegawai Kebajikan Masyarakat adalah Pegawai penguatkuasa bagi Akta ini di samping Pegawai Polis yang mana tidak perlu diwartakan
  • Membantu mangsa mendapatkan tempat perlindungan / tempat selamat
  • Membantu mangsa untuk mendapatkan IPO / PO
  • Memberi khidmat kaunseling kepada pasangan / ahli keluarga yang bermasalah
  • Merujuk mangsa ke agensi lain
  • Membantu kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak berkeupayaan untuk laporan polis        

 

Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.