Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya

Terdapat 4 buah Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Negeri Sabah iaitu :-

  1. TDKKU Sembulan
  2. TDKKU Sandakan
  3. TDKKU Sri Stella, Tawau
  4. TDKKU Kudat (baru)

Kesemua institusi tersebut memberikan perkhidmatan serta aktiviti yang sesuai bagi kanak-kanak kurang upaya kecuali kanak-kanak kurang upaya penglihatan seperti berikut:-

Perkhidmatan

  1. Penjagaan Harian
  2. Penjagaan Tetap
  3. Lawatan ke rumah
  4. Pemulihan Carakerja
  5. Fisioterapi
  6. Penjagaan Kesihatan
Aktiviti
  • Senaman
  • Latihan Asas
  • Akademik PraSekolah
  • Latihan Fisio
  • Latihan Carakerja
  • Terapi Musik
  • Aktiviti Luar
Kelayakan Masuk:
  • Warganegara Malaysia
  • Telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  • Kecacatan perlu disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit
  • Berumur 7 hingga 14 tahun
  • Adanya kekosongan tempat

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Sijil Lahir pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon
  • Salinan Kad Kenal Diri OKU pemohon
  • Borang permohonan JPKA/BPOKU 2 yang telah lengkap diisi. Sila klik sini untuk muat turun borang.

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Bahagian/Daerah yang berdekatan
  • Kemukakan dokumen yang diperlukan
  • Siasatan dan proses selanjutnya dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan yang berkenaan

 

Lembaga Pelawat

Lembaga Pelawat telah ditubuhkan di setiap institusi OKU untuk membantu jabatan dalam merancang aktiviti-aktiviti sosial dan kesihatan pelatih.

Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.