Definisi Warga Tua
- ‘Warga Tua’ telah ditakrifkan sebagai mereka yang berumur 60 tahun ke atas mengikut ketetapan Persidangan Antarabangsa mengenai Warga Tua di Vienna pada tahun 1982.
Dasar Warga Tua Malaysia
Mewujudkan masyarakat warga tua yang sejahtera, bermaruah, mempunyai martabat diri yang tinggi dengan mengoptimumkan potensi diri mereka dan menentukan mereka menikmati semua peluang disamping mendapat penjagaan dan perlindungan sebagai ahli keluarga masyarakat dan Negara
Rumah Warga Tua
Rumah Warga Tua adalah sebuah institusi kebajikan yang memberi penjagaan dan perlindungan penuh kepada warga tua yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung kehidupan sendiri oleh sebab tidak berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan, tidak menpunyai tempat tinggal, tidak mempunyai anak yang sanggup menyumbang nafkah hidup kepadanya atau kerap kali menjadi punca perselisihan tanggapan dan menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan keluarga. Jabatan ini menawarkan tempat tidur yang selesa kepada penghuni agar penghuni yang tinggal di institusi tersebut merasa seperti rumah mereka sendiri dengan adanya kakitangan yang mesra.
Terdapat 3 buah Rumah Warga Tua di seluruh Negeri Sabah yang menempatkan Warga Tua seperti yang berikut:-
- Rumah Warga Tua Sri Pritchard Kinarut
- Rumah Warga Tua Sri Harapan Sandakan
- Rumah Warga Tua Air Panas Tawau
Perkhidmatan dan Aktiviti Di Dalam Rumah Warga Tua
Terdapat beberapa aktivi yang telah diperkenalkan di setiap Rumah Warga Tua seperti dibawah. Aktiviti ini diperkenalkan adalah bertujuan supaya penghuni Warga Tua tidak merasa bosan dan menganggap rumah tersebut adalah tempat tinggal mereka.
- Penjagaan 24 jam oleh kakitangan bertugas
- Bimbingan dan nasihat kepada penghuni yang menghadapi masalah-masalah peribadi
- Fisioterapi di Jabatan Fisioterapi Hospital Besar Tawau dan latihan susulan di dalam Asrama.
- Penghuni di lantik untuk membantu melaksanakan kerja-kerja ringan seperti membersihkan Asrama, membantu di Dapur / Dewan makan, bercucuk tanam dan membantu penghuni uzur. Untuk melaksanakan kerja-kerja ini penghuni di beri elaun dibawah “ Prosedur Pembayaran Elaun Kerja Penghuni Rumah Wargatua 2002 ”
- Riadah / lawatan luar mengikut kesesuaian masa dengan kerjasama Lembaga Pelawat.
- Penghuni diberi kemudahan TV disetiap Asrama, Rancangan Astro di Dewan serbaguna, surat khabar dan buku-buku cerita.
- Aktiviti rekreasi berbentuk senaman.
- Menerima kunjungan daripada masyarakat luar/ agensi kerajaan dan bukan kerajaan dan sekolah-sekolah.
- Melaksanakan tanggungjawab keagamaan masing-masing dengan kerjasama badan-badan agama.
|