Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 

Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis, Papar

Kompleks ini mempunyai 2 fungsi iaitu sebagai :-

1 )Pusat Khidmat Kanak-Kanak Kurang Upaya

Pusat Khidmat ini menyediakan latihan khasnya kepada kanak-kanak kurang upaya kecuali kanak-kanak kurang upaya penglihatan.

Perkhidmatan

  • khidmat penjagaan,
  • latihan sosial,
  • latihan kebersihan diri,
  • latihan kerja-kerja asas di rumah
  • Asas akademik

Syarat / Kelayakan Masuk

  • Warganegara Malaysia
  • Telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  • Kecacatan perlu disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan
  • Berumur 7 hingga 14 tahun
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit
  • Berpotensi untuk dilatih
  • Adanya kekosongan tempat

Setiap kanak-kanak yang diluluskan dan diterima masuk akan menjalani tempoh percubaan dalam semua bidang latihan, pelajaran dan social selama 3 bulan. Kanak-kanak yang tidak boleh menyesuaikan diri, tidak boleh dilatih atau tidak berminat dengan kehidupan dalan insttusi akan dikembalikan ke pangkuan keluarga.

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Sijil Lahir pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon
  • Salinan Kad Kenal Diri OKU pemohon
  • Borang permohonan JPKA/BPOKU 1 yang telah lengkap diisi. Sila klik sini untuk muat turun borang.

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Bahagian/Daerah yang berdekatan
  • Kemukakan dokumen yang diperlukan
  • Siasatan dan proses selanjutnya dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan yang berkenaan

2 ) Pusat Latihan Vokasional Bagi Oran Kurang Upaya

Pusat ini menyediakan latihan vokasional kepada orang kurang upaya dewasa kecuali orang kurang upaya penglihatan.

Syarat / Kelayakan Masuk

  • Warganegara Malaysia
  • Telah Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  • Kecacatan perlu disahkan oleh Pakar Perubatan Kerajaan
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit
  • Berumur 14 hingga 35 tahun
  • Masih Bujang
  • Adanya kekosongan tempat

Latihan-latihan yang disediakan

wt1 wt3 wt5
Pertukangan Kayu Pertukangan Perabot Rotan Latihan Jahitan
wt4 wt2 ins1
Latihan Asas Komputer Latihan Pendawaian Elektrik Latihan Kimpalan
Dokumen yang diperlukan
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa
  3. Salinan Kad Kenal Diri OKU 
  4. Borang Permohonan JPKA/BPOKU 1 yang lengkap diisi

Cara-cara Memohon Masuk

  1. Permohonan boleh dibuat dimana-mana Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Bahagian/Daerah yang berdekatan
  2. Kemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  3. Siasatan dan proses selanjutnya dikendalikan oleh Pegawai Kebajikan berkenaan

 

Lembaga Pelawat

Lembaga pelawat telah ditubuhkan di setiap institusi OKU untuk membantu jabatan ini dalam merancang aktiviti dan kesihatan pelatih.

Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.