Latar Belakang
Beroperasi sejak Disember 1983. Telah dirasmikan pada 18 April 1985 oleh Dato’ Abu Hassan Bin Omar, Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Keluasan institusi ialah 4.662 hektar. Lokasi di Jalan Kg Pulutan, Menggatal Kota Kinabalu. Diwartakan mengikut peruntukan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Juvana 1947. Pada Ogos 2002, institusi ini telah diwartakan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Kapasiti : 100 orang penghuni.
Objektif
- Memberi Perlindungan kepada Kanak-Kanak Perempuan Bawah Umur 18 tahun yang terdedah kepada bahaya Moral dan luar kawalan ibu bapa / penjaga
- Memberi Latihan pemulihan dan kemahiran diri yang paling maksimum di kalangan pelatih
- Penyesuaian diri dan sikap selaras dengan norma masyarakat
- Menyesuaikan serta menempatkan semula pelatih kepada masyarakat.
Cara Kemasukan
- Kanak-kanak Perempuan di bawah umur 18 tahun
- Atas perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (mengikut Akta Kanak-Kanak 2001)
- Permohonan sendiri - samada kanak-kanak sendiri atau ibu bapa / penjaga
- Kuasa Pegawai Pelindung bagi kes-kes yang memerlukan Perlindungan Segera (melibatkan kanak-kanak mengandung luar nikah)
Tempoh Perlindungan/ Pemulihan
Antara 1 hingga 3 tahun dan boleh dibebaskan awal di atas Persetujuan Lembaga Pelawat (bagi kes di bawah seksyen 40 (3) (a) sahaja. Iaitu kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemulihan sahaja.
Program Pemulihan / Latihan
1. Jagaan dan perlindungan
- tempat tinggal
- makan minum
- pakaian seragam
- keperluan harian
2.Bimbingan dan kaunseling
- kaunseling individu
- kaunseling kelompok
- pembimbing rakan sebaya
- bimbingan kerjaya
3. Pendidikan
- Kelas Agama & Moral
- Kelas Akademik
4. Latihan Vokasional
- Kelas Jahitan
- Kelas Komputer
- Kelas Memasak
- Kelas Kraftangan
- Kursus luar (jika terpilih)
|