Pengenalan
Sekolah Tunas Bakti adalah institusi pemulihan akhlak atau sekolah yang diluluskan untuk tahanan dan pemulihan bagi :
- Kanak-Kanak yang terlibat dengan jenayah
- Kanak-Kanak yang tidak terkawal
Kanak-Kanak ialah seorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 82 kanun keseksaan iaitu kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun dan bawah umur 18 tahun mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Latar Belakang
Sekolah tunas Bakti Kota Kinabalu terletak di KM 12, Jalan Tuaran, Inanam. Di awal penubuhanya pada tahun 1971, ia hanya di wartakan sebagai Asrama Akhlak ( Asrama Bukit Kapak ) untuk menampung seramai 24 pelatih bagi kes cubaan akhlak dan tahansentara.
Pada tahun 1976, institusi ini telah diwartakan sebagai Sekolah Akhlak ( Sekolah Diluluskan ) bagi menempatkan kes pemulihan akhlak dengan had maksima 50 orang pelatih.
Kesan daripada peningkatan masalah sosial di kalangan kanak-kanak dan meningkatnya jumlah pelatih yang diperintahkan masuk ke Sekolah ini, maka pada tahun 2000 kerjaan telah meluluskan pembinaan bangunan sekolah yang baru. Dengan keluasan lebih kurang 5.2 hektar, sekolah ini dilengkapi dengan blok pejabat pentadbiran, bengkel latihan dewan serbaguna, dewan makan, asrama, rumah kakitangan, rumah tamu dan padang bola sepak. Bangunan ini mula diduduki pada awal Febuari 2004 dengan had maksima 100 orang.
Misi
Membangun Masyarakat Ke Arah Kesejahteraan Sosial
Visi
Masyarakat Sejahtera dan Penyayang
Matlamat
- Membimbing Kanak-Kanak ke arah kehidupan yang lebih berfaedah
- Membantu Kanak-Kanak yang rosak akhlaknya agar menjadi remaja berguna kepada keluarga, agama dan negara
- Memberikan kemahiran/Latihan yang bersesuaian agar selepas dipulihkan kanak-kanak berkenaan mampu berdikari
Cara Kemasukan
- Kanak-Kanak yang melakukan kes jenayah;
- Kanak-Kanak yang tidak terkawal.
- Melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Pertanyaan kemasukan hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan di daerah tempat tinggal ibu bapa
|