Pengenalan
Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu (RKK), Sabah terletak di Kg. Beringgis, Papar. Bangunannya di bina di kawasan seluas 6.55 ekar
Institusi ini memulakan operasinya pada 25.03.2004 dengan penghuni seramai 46 orang.
Institusi ini hanya boleh menampung kepasiti seramai 100 orang.
RKK Kota Kinabalu telah diwartakan sebagai tempat selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 pada 1 September 2003 bagi maksud AKta
Institusi ini di letakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Objektif
Untuk menjamin jagaan gantian yang menggalakan pertumbuhan jasmani, mental dan emosi sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat.
Misi
Membangun masyarakat ke arah kesejahteraan sosial.
Visi
Masyarakat sejahtera dan penyayang.
Moto
Berkat Berjasa.
Kumpulan Sasar
Penghuni yang berada di institut ini datangnya daripada kanak-kanak seluruh sabah yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan seperti kategori berikut:-
- Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan Fizikal, seksual, emosi dan mental.
- Kanak-kanak yang menjadi mangsa pengabaian oleh ibu / bapa / penjaga.
- Kanak-kanak yang dibuang
- Kanak-kanak yang tiada ibu / bapa / penjaga
- Dan lain-lain seperti pengertian di bawah seksyen 17(1) (a)-(k) Akta Kanak-Kanak 2001
|