Saiz text :

Tujuan dan Konsep Bantuan

Tujuan TRDD adalah untuk membantu individu atau keluarga yang menghadapi musibah akibat terlibat dengan bencana. Bantuan yang diberikan adalah berkonsepkan "pemelegaan" dan bukan sebagai suatu sumber pergantungan.

Kumpulan Sasar

Mangsa Bencana bermaksud individu atau keluarga yang terlibat secara langsung dengan bencana dan tinggal tetap dalam zon bencana.

Jenis Bencana

Jenis-jenis bencana adalah seperti berikut:-

  1. Kebakaran
  2. Angin ribut
  3. Banjir
  4. Ombak Besar
  5. Tanah runtuh
  6. gelombang merah(Red Tide)
  7. Tanggungan mangsa penculikan
  8. Kemalangan industri dan jentera
  9. Kemarau
  10. Gempa bumi
  11. Bangunan runtuh
  12. Petir
  13. Letupan bom
  14. Wabak penyakit
  15. Tragedi kapal / perahu / bot yang melibatkan nyawa manusia.
  16. Kejadian yang ditafsirkan oleh kerajaan sebagai bencana.

Bantuan kepada kes-kes umum

  1. Kos rawatan / pembedahan dan alat bantu.
  2. Tambang pengangkutan udara, laut dan darat bagi kes-kes terkandas dalam Malaysia.
  3. Pengangkutan jenazah dari Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak ke Negeri Sabah.
  4. Kes-kes terdampar dalam Malaysia yang melibatkan kehabisan belanja semasa dalam perjalanan.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang bermastatuin di Sabah.
  • Golongan miskin dan daif
  • Tiada sumber pendapatan

Kadar

Minimum RM500.00 sebulan
Maksimun RM3,000.00 satu kes

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian/Daerah yang berdekatan.