Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Elaun Pekerja Cacat

Pengenalan

Elaun Pekerja Cacat telah diperluaskan ke Negeri Sabah bertujuan untuk menambah keistimewaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) supaya sama-sama menikmati skim yang dilaksanakan di Semenanjung Malaysia.

Objektif

Untuk membantu OKU secara individu atau keluarga yang bekerja dengan majikan supaya dapat mengurangkan atau meringankan kesulitan kewangan buat sementara waktu ataupun sehingga satu tempoh keadaan kewangan mereka dapat dipulihkan untuk hidup berdikari.

Tujuan

  1. Sebagai elaun perangsang bagi menggalakkan OKU minat bekerja dan usaha untuk terus bekerja
  2. Sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan OKU yang bekerja dengan majikan
  3. Membantu meningkatkan taraf penghidupan mereka dalam masyarakat

Syarat / Kelayakan Permohonan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
  3. OKU yang bekerja  
  4. Berpendapatan tidak lebih dari RM1,200.00 sebulan

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara
  2. Salinan Surat Nikah / Kahwin jika sudah berkahwin
  3. Salinan Kad Kenal Diri OKU yang telah disahkan oleh Penolong Pengarah Bahagian (PPB) atau Pegawai Kebajikan Daeran (PKD)
  4. Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank
  5. Surat pengesahan daripada majikan
  6. Salinan slip gaji

Tempoh kelulusan


Tempoh kelulusan EPC hanyalah 12 bulan dan setiap pemohon perlu membuat semula permohonan semula 3 bulan sebelum tamat tempoh.

Cara-cara Memohon

  1. Pemohonan bolehlah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Bahagian/Daerah yang terdekat.
  2. Kemukakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  3. Siasatan dan proses selanjutnya dilakukan Pegawai Kebajikan yang berkenaan
Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.