| Maklumat Awam |
|
|
| |
| Pautan Lain |
|
| |
| Carian |
|
|
Anda Adalah Pelawat Ke
 |
| |
| |
| |
| |
|
| Perkhidmatan Anak Pelihara |
Definisi
Ibu atau bapa peliharaan :
Seseorang yang bukan ibu atau bapa atau saudara seseorang kanak-kanak;
- Yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang telah diberikan oleh perintah Mahkamah di bawah Seksyen 30(1)(e); atau
- Yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah Seksyen 35 atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menerima seseorang kanak-kanak kedalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya
- Anak Pelihara :
Seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu atau bapa peliharaan di bawah perenggan 30 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001
-
Objektif
Ibu Bapa Pelihara
- Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul.
- Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara
Anak Pelihara
- Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang;
- Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
- Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna
Syarat Pemohon
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
- Berusia 25 hingga 60 Tahun
- Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
- Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
- Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan (pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
- Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
- Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
- Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
- Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
- Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
- Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak
Cara Memohon
- Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
- Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Bahagian / Daerah di mana pemohon bermastautin atau tinggal
- Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara JKM(K)1(Pindaan 1/03) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Sila klik untuk muat turun borang.
Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara menggunakan borang JKM(K)2(Pindaan 2/03)) oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat
Dokumen Yang Diperlukan
- Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
- Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
- Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
- Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)
|
|
|
| Berita Kakitangan |
|
|
| |
| Aplikasi Intranet |
|
| |
| Galeri |
|
| |
|
| Undian |
|
|
| |
| |
|