Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Taska Komuniti

Pengenalan

TASKA Komuniti adalah merupakan suatu pendekatan yang akan memberi tumpuan kepada keluarga berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar. Pengawalan standard minima pengasuhan berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan TASKA (Di Institusi 1985) Pindaan 1993. Ia bertujuan menjamin semua kanak-kanak akan mendapat pengasuhan yang berkualiti dari pengasuh yang diberi latihan wajib. Pengasuh perlu mendapat latihan seperti yang telah ditetapkan di bawah Peraturan TASKA yang dinamakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak.

Kriteria dan Garis Panduan Bagi Mendapatkan Pengiktirafan Penubuhan TASKA Komuniti

1. Keperluan Asas 

  • Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan
  • Profail pertubuhan / organisasi yang bersih daripada muflis dan hutang piutang
  • Tiada rekod jenayah
  • Tiada berorientasikan keuntungan
  • Pertubuhan/organisasi memberi perkhidmatan kepada kumpulan sasar dan mempunyai pengalaman sekurang - kurangnya dua tahun pengendalian TASKA

2. Pentadbiran

  • Mempunyai nama Taska yang mengikut identiti Jabatan Kebajikan Masyarakat (TASKA Penyayang)
  • Lokasi kemudahan pengangkutan dan persekitaran yang sesuai dengan kumpulan sasar TASKA Komuniti
  • Pengurusan personel yang teratur seperti Penyelia, Pengasuh, tukang masak, Pekerja Am (akan ditentukan oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa)
  • Proses dan rekod pengambilan kanak-kanak
  • Penyimpanan rekod kakitangan dan kanak-kanak serta pentadbiran yang teratur

3. Pengurusan Kewangan

  • Kos Penubuhan
  • Kos Operasi Pentadbiran seperti Gaji / KWSP / PERKESO
  • Kos Operasi Taska seperti makan minum kanak-kanak
  • Kos gantian peralatan
  • Lain-lain kos
  • Pengurusan kewangan dibuat oleh pertubuhan/organisasi dan laporan kewangan disediakan setiap bulan serta dipantau oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat

4. Penentuan Yuran   

  • Yuran Pendaftaran
  • Yuran Bulanan kepada ibubapa/penjaga - Pendapatan RM2,000 kebawah di Bandar / RM1,200 kebawah di luar bandar.
  • Bayaran lain yang dikenakan

5. Program Keseluruhan TASKA

  • Perancangan aktiviti mingguan
  • Perancangan aktiviti bulanan
  • Perancangan aktiviti tahunan
  • Perancangan aktiviti penglibatan ibu bapa
  • Program lain yang dicadangkan

6. Perancangan dan Pemeriksaan Menu

Jadual Menu Harian
Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.