Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Perkhidmatan Kanak-Kanak

Pengenalan

Perkhidmatan kanak-kanak menyediakan perkhidmatan perlindungan kepada kanak-kanak daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksplotasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan.

Program dan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan mencegah dan mengurangkan kesan masalah sosial ke atas kanak-kanak serta menentukan penjagaan, perlindungan dan pendidikan terbaik untuk kanak-kanak.


Definisi Kanak-Kanak

Kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-Kanak 2001.

Akta-akta Yang Berkaitan

  1. Akta Kanak-Kanak 2001
  2. Kanun Acara Jenayah (Sek 173A, 293 & 294)
  3. Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  4. Akta Pengangkatan 1952
  5. Akta Keganasan Rumahtangga 1994
  6. Akta TASKA (Pindaan) 2007
  7. Akta Pusat Jagaan (Pindaan) 2007
  8. Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007

Komitmen Antarabangsa

  1. The Convention On The Rights Of The Child (CRC) 1994 - ditandatangani pada 28 Disember 1994.
  2. Bali Consensus On Partnerships With And For Children In The East Asia And Pacific Region (2005).
Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.