Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Pembangunan Kanak-Kanak

Masalah/Keperluan Pelanggan

Kanak-kanak terabai, mangsa dera dan terlibat jenayah dibangunkan potensinya melalui program pembangunan modal insan dan kerohanian

Kanak-kanak yang diberi perlindungan dan sedang menjalani pemulihan di institusi samada Rumah Kanak-Kanak (RKK) Sekolah Tunas Bakti (STB), Taman Seri Puteri (TSP) atau Asrama Akhlak (AA) mempunyai pelbagai latarbelakang dan jenis kesalahan jenayah. Kesalahan lampau yang dilakukan kebanyakanya berpunca daripada pegangan agama dan nilai kendiri yang lemah. Oleh yang demikian, Jabatan Kebajikan Masyarakat membangunkan kanak-kanak ini melalui program berikut:

1. Program Sayangi Diri Pelatih (Ceramah dan Qiyamullail) telah diadakan dengan kerjasama JAKIM untuk memberi kesedaran kepada semua pelatih tentang nilai harga diri serta bersama-sama mengerjakan ibdah dengan lebih sempurna. Sebanyak 8 siri kursus telah diadakan yang melibatkan 347 kanak-kanak.

2. Kursus Peningkatan Sahsiah, Motivasi dan Ibadah telah dilaksanakan untuk membentuk jati diri dan meningkatkan kefahaman Islam dalam setiap diri pelatih di institusi-institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sebanyak 2 siri kursus diakan yang melibatkan keseluruhan 100 orang peserta.

3. Kem Bijak Solat dan Motivasi Anak Soleh juga telah diadakan bertujuan memantap dan memeperbaiki ibadah solat di kalangan kanak-kanak institusi JKM. Seramai 188 orang kanak-kanak terlibat dalam 3 siri kem yang dijalankan.

Latihan kemahiran vokasional di institusi

Institusi pemulihan JKM juga mengendalikan kelas latihan kemahiran vokasional. Seramai kira-kira 60 peratus pelatih yang tidak terlibat dalam kelas akademik sedang mengikuti kelas kemahiran vokasional seperti bengkel perabot, elektrik, pembinaan, kimpalan, memasak, jahitan, motor mekanik, pertukangan kayu, refleksologi, gunting rambut, membuat roti dan kelas kemahiran komputer.


Kelas Akademik untuk Kanak-Kanak Institusi Pemulihan

Pada tahun 2007, seramai 1378 orang pelatih menjalani pemulihan di STB, TSP dan Asrama Akhlak JKM. Daripada jumlah tersebut 251 orang pelatih di Institusi Pemulihan mengikuti kelas akademik secara formal di luar institusi isitu di sekolah menengah kerajaan berdekatan institusi berkenaan, manakala seramai 76 orang (STB Marang Terengganu) dan 81 orang (STB Sungai Lereh) lagi mengikuti kelas akademik di dalam institusi. Pecahan pelatih yang bersekolah mengikut tahap adalah seperti berikut:

TINGKATAN
JUMLAH PELAJAR
Tahun 5 2
Tahun 6 1
Tingkatan 1
 2
Tingkatan 2
 14
Tingkatan 3
 83
Tingkatan 4
 94
Tingkatan 5
 129
Tingkatan6 2
 JUMLAH 327 orang

Seramai 5 orang kanak-kanak di institusi pemulihan telah berjaya melanjutkan pelajaran keInstitusi Pengajian Tinggi Awam iaitu 3 orang (UIA,Uitm dan ATMA) dan 2 orang ke Institut Kemahiran (IKBN dan ILP)

Disamping itu, pada tahun 2007, seramai 70 orang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dilatih untuk mengendalikan Kelas KIA 2M. Hasilnya seramai 56 kanak-kanak di institusi pemulihan mendapat manfaat setelah mengikuti Kelas KIA 2M ini.

Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
Undian
Bagaimanakah rekabentuk laman web jabatan yang baru ini?
Sangat baik
Baik
Sederhana
Memuaskan
Kurang baik
  
 
 
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.