Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Bahagian Pembangunan Komuniti

Pengenalan

Bahagian ini bertujuan membawa pembangunan terhadap individu, komuniti dan masyarakat melalui program-program Pembangunan Sosial dan Pemulihan Dalam Komuniti. Kami juga menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kerja sosial dan khidmat masyarakat melalui Pertubuhan Sukarela Kebajikan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan sektor korporat.

 

Fungsi & Peranan

Bahagian ini menjalankan 4 bidang tugas utama iaitu:

i. Program Pembangunan Sosial

  • Mengendali, menyelaras dan memantau Projek-Projek Kecil (Individu), Projek-Projek Pembaikpulih Rumah dan Projek-Projek Komuniti.

  • Mengendalikan program latihan dan aktiviti yang bertujuan/berbentuk Pembangunan Modal Insan


ii. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

  • Merancang dan menyelaras penubuhan PDK-PDK selaras dengan Wawasan Negara Malaysia

  • Mengendali dan menyelaras pelbagai bentuk bengkel, kursus dan latihan bagi OKU, Penyelia, Petugas, Jawatankuasa PDK dan komuniti setempat ke arah pembangunan OKU dan masyarakat.


iii. Pertubuhan Sukarela Kebajikan/Pertubuhan Bukan Kerajaan (PSK/NGO)

  • Membuat lawatan, pemantauan dan laporan ke PSK-PSK

  • Bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah (ROS) dalam pendaftaran Pertubuhan Sukarela Kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.


iv. Menggalakkan Penyertaan Korporat

  • Mengurus dan menyelaras pelbagai sumbangan daripada sektor swasta/korporat dalam kerja-kerja kebajikan dan khidmat masyarakat.

Kakitangan

lily
Lily Chin
Penolong Pengarah, S41
Emel: lily.chin@sabah.gov.my
hernawati
Pn Dg. Hernawati Binti Ag. Abdul Hamid
Pen. Pegawai Pembangunan Masyarakat, S32

 

 

 

Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
 
 
emailmeform
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.