Peta Laman
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Maklumat Awam
 
Pautan Lain
 
Carian
Anda Adalah Pelawat Ke
hit counter javascript
 
 
 
 
Bahagian Latihan

Pengenalan

Bahagian Latihan & Peperiksaan adalah satu daripada sembilan (9) bahagian di Ibu Pejabat yang diwujudkan pada 1hb Januari 2004 berikutan dengan usaha memperkembangkan aktiviti-aktiviti jabatan dengan tujuan memperkasakan sumber manusia sebagai satu daripada aset penting organisasi. Bagaimana pun dalam konteks Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, pembahagian tugas dan tanggungjawab hanya tertumpu kepada tugas-tugas utama iaitu kursus serta latihan dalaman dan luaran, peperiksaan kakitangan, penempatan praktikum pelajar dan pengurusan Mini Perpustakaan jabatan. Bahagian ini  juga tertakluk kepada arahan ketua jabatan dari masa ke semasa seperti yang tertera dalam pembahagian tugas bidang ini

Objektif

Bahagian Latihan & Peperiksaan di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Sabah bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan kakitangan melalui beberapa kursus serta latihan dalaman dan luaran agar menjadi pelapis kepimpinan Jabatan yang mengamalkan etika kerja produktif, kreatif, proaktif dan inovatif dan juga menjadi katalis dan aset penting dalam organisasi.

Strategi

Menggalakan kakitangan bekerja secara bekerjasama dan membangun pasukan yang mantap " Team Building " dalam melaksanakan kerja. Penubuhan Jawatankuasa Latihan Negeri dan Peringkat Bahagian sebagai langkah mengenalpasti keperluan kursus dan latihan kakitangan Jabatan. Membuat penilaian kursus dan penceramah melalui edaran borang. Melaksanakan kursus dan latihan yang diperlukan oleh kakitangan Jabatan secara stategik.

Kakitangan

mariam
Mariam Suriah
Penolong Pengarah, S41
suhaila mastiah
Dayangku Suhaila Binti Pg.Suhaimi
Pen. Peg. Pembangunan Masyarakat, S27
emel:dgkusuhaila.pgsuhaimi@sabah.gov.my
Hajah Mastiah Haji Mansor
Pembantu Tadbir Kanan , N22
emel :mastiah.mansor@sabah.gov.my
 
Rubee Gindol
Pemb. Pembangunan Masyarakat, S17
emel: rubee.gindol@sabah.gov.my
 

 

Berita Kakitangan
 
Aplikasi Intranet
 
Galeri
 
 
 
emailmeform
Maklumbalas mengenai laman ini?Sila kepada webmaster
Semua isi kandungan dalam laman ini adalah hakcipta terpelihara © Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
PENAFIAN: Pentadbir dan operator laman web ini tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman web ini.
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6.0 ke atas dan resolusi 1024x768.