Bantuan ini adalah merupakan alat-alat seperti mesin jahit, alat-alat mekanik, alat-alat pertukangan kayu, alat-alat perabot rotan dan alat-alat elektrik.
Alat-alat ini diberikan kepada bekas pelatih yang tamat dengan jayanya dari Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis, Papar.
Tujuan
Ia bertujuan untuk membantu mereka dalam persediaan untuk kembali ke pangkuan masyarakat amnya dan keluarga khasnya. Mereka digalakkan berdikari dan tidak hanya bergantung kepada ahli keluarga dan bantuan dari kerajaan sahaja sekiranya mereka gagal untuk mendapatkan pekerjaan. Dengan bantuan peralatan ini seseorang yang kurang upaya itu boleh mengusahakan sendiri projek secara kecil-kecilan di rumah seperti mengambil upah menjahit dan sebagainya. |