Piagam Pelanggan


 

  1. Sentiasa memastikan alat-alat bantuan pelayaran di pelabuhan dan suar-muar berfungsi sepanjang tahun ke tahap sekurang-kurangnya 90%.
  2. Mengeluarkan notis/pemberitahuan dengan serta merta apabila menerima aduan bagi alat-alat bantuan pelayaran/suar-muar yang tidak berfungsi dan membaikpulih dalam masa satu (1) minggu waktu berkerja bagi kerosakan kecil.
  3. Menjawab semua komen/ulasan permohonan tanah kerajaan dan aktiviti-aktiviti marin dalam masa dua (2) minggu waktu berkerja dari tarikh permohonan diterima di Ibu Pejabat dan empat (4) minggu waktu berkerja dari tarikh permohonan diterima di pejabat-pejabat cawangan.
  4. Mengeluarkan notis pelabuhan dalam masa satu (1) minggu waktu berkerja sebelum aktiviti-aktiviti marin yang dirancang dijalankan di pelabuhan-pelabuhan.
  5. Meluluskan permohonan menggunakan jeti Kerajaan dan jeti Tukar Barangan (Barter Trade Facilities) dengan serta merta tertakluk kepada kesediaan tempat bersandar.
  6. Sentiasa memastikan kapal-kapal Kerajaan Negeri di bawah pengurusan Jabatan ini dalam keadaan layak-laut (seaworthy) sekurang-kurangnya sembilan (9) bulan dalam setahun.
  7. Menjawab semua permohonan penyewaan kapal dalam tempoh  satu (1) hari waktu berkerja dari tarikh permohonan diterima.
  8. Meluluskan permohonan baru lesen untuk beroperasi di kawasan berlabuh di Teluk Brunei dalam masa tujuh (7) hari waktu berkerja dan tiga (3) hari waktu berkerja untuk pembaharuan lesen sekiranya semua syarat permohonan dipatuhi.
  9. Meluluskan permohonan baru Lesen Kapal-Kapal Kecil di pejabat-pejabat Pelabuhan dan Dermaga, Sabah dalam masa tujuh (7) hari waktu berkerja dan tiga (3) hari waktu berkerja untuk pembaharuan lesen dari tarikh permohonan diterima sekiranya semua syarat permohonan dipatuhi.
  10. Menjawab panggilan perhubungan radio dengan serta merta pada masa yang ditetapkan.
  11. Memproses semua tuntutan pembayaran dalam masa tiga (3) hari waktu berkerja tertakluk kepada dokumen sokongan lengkap.
  12. Menjawab semua aduan pelanggan dalam masa satu (1) hari waktu berkerja dari tarikh aduan diterima.

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

Kalendar 2016

loader

Pengunjung

Hari Ini 102

Minggu Ini 613

Bulan Ini 3377

Jumlah 41334