Jabatan juga terlibat dengan pelaksanaan pelbagai program dalam dan di luar Jabatan seperti berikut :
 
Pelan Pengurusan Pesisir Pantai Sabah (SSMP) - Ringkasan Eksekutif
Pelan Pengurusan Pesisir Pantai Sabah (SSMP) adalah hasil daripada kajian Pelan Pengurusan Pesisir Pantai yang telah dijalankan antara 2003 dan 2005 di bawah Rancangan Malaysia Ke 8. Kerajaan Negeri telahpun meluluskan pelan tersebut pada 11 Julai 2007 untuk digunapakai sebagai garispanduan dalam mempertimbangkan projek-projek pembangunan sepanjang pantai. 
Capacity Building of the Environmental Conservation Department (ECD-CAB)
Projek "Capacity Building of the Environmental Conservation Department Project (ECD-CAB)" ialah suatu projek pembangunan yang disokong oleh "Danish Co-operation for Environment and Development (DANCED)" (DANCED). Projek ini telah bermula pada September 1999 dan ditamatkan pada Februari 2003.
Projek Kepelbagaian Biologi Sabah
Rumusan kepada rekomendasi hasil penemuan daripada projek "Pengenalpastian Kawasan-kawasan Yang Berpotensi Untuk Dilindungi" di bawah projek Kepelbagaian Biologi Sabah yang dikendalikan oleh Kementerian Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar dan DANCED, 1995-1998.