Selamat Datang ke Seksyen Berita 2008
Ketik disini bagi Berita | 2001 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 |

 
MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA (MASM)
Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) adalah disambut setiap tahun pada 21-27 Oktober. Pada tahun ini di negeri Sabah, MASM telah dilancarkan pada 18 Oktober di Kota Kinabalu Wetland Centre oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar. Pelbagai aktiviti sedang dianjurkan untuk menyambut MASM tahun ini. Antaranya adalah Mangrove Challenge, Gotong-Royong Membersihkan Pantai, Kem Alam Sekitar, Program Temuramah dan Kuiz di Radio dan juga Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI).

Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah pada 25 Oktober 2008 di Auditorium Tun Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu. Majlis ini akan dihadiri oleh warga sekolah, jabatan kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan. 
Untuk maklumat lanjut mengenai Program SERASI, Sila ketik disini

21hb Oktober 2008

DRAF BIDANG RUJUKAN BAGI "THE PROPOSED UPPER PADAS HYDRO ELECTRIC PROJECT BY SABAH ELECTRICITY SDN BHD"
Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jabatan Perlindungan Alam Sekitar kini dalam proses menyemak draf Bidang Rujukan [TOR}  bagi Laporan Penilaian Kesan-Kesan Alam Sekitar Khas (SEIA) bagi  "The Proposed Upper Padas Hydro Electric Project By Sabah Electricity Sdn Bhd".  Untuk maklumat lanjut, Sila ketik disini

08hb September 2008

PELAN PENGURUSAN PESISIR PANTAI SABAH (PPPPS)
Jemaah Menteri Negeri dalam mesyuarat mereka pada 11 Julai 2007 telah meluluskan PPPPS, satu pelan yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia ke-8 untuk digunapakai oleh semua jabatan/agensi kerajaan berkaitan yang terlibat dalam mengurus, merancang dan mengawal aktiviti pembangunan sepanjang pesisir pantai negeri Sabah. Sebagai susulan kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (ruj: KPKAS.JPAS(S) 800-0/4(39) bertarikh 20 November 2007) satu bengkel akan diadakan pada 29 April 2008 jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang di Hotel Promenade, Kota Kinabalu. Tujuan bengkel berkenaan adalah untuk meningkatkan kefahaman mengenai prosedur pelaksanaan PPPPS. 

Sekiranya memerlukan keterangan lanjut, bolehlah berhubung dengan En. Jammy Gabriel atau Pn. Rebecca Lee di talian 088-251290/088-25129 atau emel pada jpas@sabah.gov.my.

14hb April  2008

KURSUS ASAS PENGURUSAN ALAM SEKITAR
Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) dengan kerjasama Chemsain HRD Sdn. Bhd. akan mengadakan Kursus Asas Pengurusan Alam Sekitar selama dua (2) hari pada 26 – 27 Februari 2008 & 28 – 29 Februari 2008 di Hotel Beverly, Kota Kinabalu. Kursus ini adalah khusus kepada Pegawai Alam Sekitar yang dilantik oleh semua Pemaju Projek bertujuan untuk memastikan pelaksanaan langkah-langkah mitigasi dan syarat-syarat alam sekitar sebagaimana yang dinyatakan dalam Perjanjian Syarat-syarat Alam Sekitar dalam kelulusan Laporan EIA. Objektif-objektif kursus adalah seperti berikut :- 
  • Mewujudkan kefahaman dan penghargaan ke atas alam sekitar dan fungsinya;
  • Mewujudkan kesedaran akan tanggungjawab peribadi dan akauntabiliti ke arah perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar; 
  • Memberi penjelasan mengenai tujuan dan keperluan perundangan alam sekitar; dan
  • Mempertingkatkan kefahaman mengenai dengan peranan dan tanggungjawab pemaju projek dan juruperunding alam sekitar dalam perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar. 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai jabatan ini di talian 088-251290 (Cik Hani Sandra Musli / Puan Daisy Aloysius / Encik Vitalis J. Moduying) atau emel pada jpas@sabah.gov.my.

18hb Februari  2008

Acara 2008

 
No.
Perkara
Tarikh
Tempat
1
Kursus Asas Pengurusan Alam Sekitar
 26 -29 Februari 2008
Hotel Beverly, Kota Kinabalu
2
Bengkel Pelan Pengurusan Pesisir Pantai Sabah (PPPPS)
29 April 2008
Hotel Promenade, Kota Kinabalu
3
Kursus Asas Pengurusan Alam Sekitar
22 - 23 Mei 2008
Hotel Tang Dynasty Park , Kota Kinabalu
4
Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) 2007/2008
25 Oktober 2008
Auditorium Tun Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu